“Terima kasih tunggu mama sayang…” – Dariya Inara buat hati Sariyanti cair

Selain nama anak-anak selebriti yang ‘famous’ seperti Aaisyah Dhia Rana atau Yusuf Iskandar, bayi comel kepada  pelakon Sariyanti juga turut menjadi perhatian netizen.

Dariya Inara, anak daripada hasil perkahwinannya dengan Jep yang juga merupakan anak ketiganya. Sebelum ini Sariyanti telah pun memiliki dua orang anak hasil perkahwinan beliau sebelum ini.

Terbaru, isteri kepada pelawak Jep Sepahtu ini telah memuat naik beberapa buah video anaknya. Video itu merakamkan Dariya atau nama timangannya Eya yang sedang bermain di dalam babycotnya sendirian.

Apa yang membuatkan Sariyanti dan para netizen cair dengan tingkah laku Eya adalah Eya dilihat seperti menunggu mamanya sambil bermain seorang diri dalam babycot sementara Sariyanti mendirikan solat.

Eya yang dilihat lansung tidak menangis dan meragam apabila ditinggalkan seorang diri seperti bayi lain mencuri tumpuan peminat.

Video itu turut merakamkan Sariyanti mengucapkan terima kasih kerana menunggunya setiap kali sehingga selesai solat.

Subhanallah..Budak baik…tunggu mama solat ya ? Sejuk hati mama.

Sumber : IG Sariyanti