Cuba Aniaya Pelanggan, Astr0 Akhirnya Bertemu Buku Dengan Ruas! Ini Cara Paling Win Pelanggan Ajar Astr0

Kes yang dialami seorang wanita, Novianti Mohd Zain menjadi viral baru-baru ini dan perkongsiannya mendapat perhatian daripada netizen.

Kisah pelanggan teraniaya bukanlah kisah baharu, sebaliknya ada sahaja kes lebih kurang begini dilaporkan terjadi setiap hari.

Ceritanya, Novianti sudah membatalkan langganan bulanannya dengan Astro tetapi bil bulanan selepas itu tetap juga datang.

Menurutnya, tindakan pusat khidmat pelanggan Astro yang sering melengah-lengahkan aduannya membuatkan dia terpaksa membawa hal itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

Hanya selepas dilaporkan, barulah kesnya dipandang pihak Astro dan mereka mengambil keputusan memadamkan bil tertunggak yang dihantar kepadanya sebelum ini.

Di bawah merupakan perkongsian Novianti yang mengharapkan kisahnya dapat menjadi pengajaran kepada individu yang pernah ‘dibuli’ oleh mana-mana peniaga atau syarikat sebelum ini.

23 Februari

Saya telah menghubungi Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya dimaklumkan bahawa saya perlu menjelaskan bayaran 1 bulan notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.

24 Februari

Saya menyelesaikan bayaran 1 bulan notis dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet, CIMBClicks sebanyak RM46.20. Bererti saya masih boleh menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac.

*Sila rujuk gambar yang dilampirkan.

6 @ 7 Mac

Wakil Astro telah menghubungi saya dan bertanya:

“Adakah puan masih menerima bil Astro?”

Saya jawab tidak dan ketika ini saya tidak menerima sebarang bil dari Astro.

“Adakah puan pasti ingin menamatkan langganan Astro?”

Saya jawab Ya.

*Panggilan ini dibuat ketika saya berada di pejabat.

Sebaik saya pulang ke rumah, saya mendapati servis Astro sudah ditamatkan kerana televisyen gelap seperti tidak menerima sebarang isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu dekoder menyala.

Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis, perkhidmatan Astro saya telah ditamatkan.

Namun saya mendiamkan diri sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan membuang masa untuk menelefon Astro Call Centre.

Saya juga telah mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder kerana saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro.

3 April

Tiba-tiba saya menerima bil Astro bagi bulan April. Bil bagi bulan Mac pula tiada. Bil bulan April berjumlah RM39.45.

Saya menghubungi pihak Astro untuk bertanyakan tentang status akaun saya dan mereka menyatakan bahawa akaun saya diaktifkan semula.

Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menghubungi saya sebelum ini untuk tujuan penamatan servis langganan.

Pegawai perkhidmatan pelanggan berkenaan menyatakan bahawa mereka akan menyemak kembali dakwaan saya itu dan akan menghubungi saya semula dalam tempoh 48 jam.

Jika dakwaan saya tidak benar, saya perlu melunaskan bil yang telah dihantar.

Malangnya, selepas 48 jam, tiada seorang pun wakil Astro yang telah menghubungi saya.

28 April

Saya menghubungi pihak Astro. Mereka mengesahkan bahawa saya memang ada membuat panggilan pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya hanya menjawab tiada.

Sekali lagi mereka berjanji akan menghubungi saya dalam tempoh 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Namun, selepas 48 jam tiada sebarang panggilan dari pihak Astro.

5 Mei

Saya menerima bil bagi bulan Mei yang berjumlah RM81.80

11 Mei

Saya telah memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasakan diri telah dianiaya oleh pihak Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.

Dalam tuntutan itu juga saya memohon agar saya diberikan pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac sehingga kes tuntutan ini diselesaikan.

*Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil

Saya menyerahkan borang tuntutan kepada Tribunal Pengguna dan menghantar satu salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).

Cuba Aniaya Pelanggan, Astr0 Akhirnya Bertemu Buku Dengan Ruas! Ini Cara Paling Win Pelanggan Ajar Astr0

Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016 di mana saya akan bersemuka dengan wakil Astro.

12 Mei

24 jam selepas membuat aduan pada Tribunal Pengguna, saya mendapat panggilan dari wakil Astro yang menyatakan bahawa akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan.

Alhamdulillah.

Tujuan saya berkongsi pengalaman ini adalah supaya mereka yang sedang mengalami situasi seperti saya, tolong jangan biarkan kita dianiya dan dibuli oleh syarikat ternama hanya kerana takut (takut ada macam-macam jenis takut.

Takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut banyak kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pada akhirnya kita juga yang terkena balik dan macam-macam jenis takut lagi).

Kita ada hak sebagai pengguna walaupun saya hanya melanggan pakej yang paling murah. Fight for your right.

Bawa semua bukti dan halakan kekecewaan kita kepada pihak yang betul.

InshaAllah, jika rezeki kita Alhamdulillah.

Tetapi jika tiada rezeki, tak mengapa. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha membela diri kita dan tidak membiarkan mereka berterusan ‘merompak’ kita.

Lelaki Dedah Bertapa Jahatnya Astro

Spontan saya berkata, “Tiada dalam perjanjian dan jika ada, dalam klausa yang ke berapa?”Malangnya, pegawai khidmat pelanggan itu tidak dapat menjawab soalan saya dan mengakui dia tidak tahu mengenai perkara itu.

Jadi saya pun bertanya apa yang perlu saya lakukan jika saya nekad mahu menamatkan langganan Astro pada hari yang sama juga.“Encik perlu pergi ke Pusat Servis Astro yang terdekat,” katanya.Jadi, saya bergegas pergi ke Pusat Servis Astro di Taman Molek, Johoh Bahru.

Sampai di sana, kakitangan dan pengurusnya berkata saya tidak boleh menamatkan langganan pada hari ini. Mereka bertegas menyatakan bahawa saya perlu memberikan notis sebulan.

“Tiada syarat dalam perjanjian yang mengatakan perlu notis sebulan. Jika ada, sila kemukakan bukti yang ditandatangani oleh saya itu,” kata saya kepada mereka.Malangnya, mereka gagal menunjukkan bukti dan menggalah .

Tetapi, mereka berikan syarat. Jika saya nak tamatkan langganan perkhidmatan Astro pada hari ini juga, saya perlu memulangkan dekoder, remote dan semuanya kecuali piring.

Oleh kerana rumah saya berhampiran, saya memilih untuk pulang dan mengambil semua barangan Astro, kabel, dekoder, dan remote control dan kembali ke pusat servis berkenaan dan serahkan kepada mereka. Saya juga telah membuat pembayaran dan diarah menandatangani dokumen pemulangan dekoder.

Jadi, dengan rasminya Astro mengesahkan akaun saya telah ditutup dan tiada apa-apa lagi caj selepas ini. Tiba-tiba, tiga bulan kemudian selepas itu, Astro telah menghantar satu surat tuntutan tunggakan beserta surat peguam dengan alasan pembayaran akaun Astro saya tertunggak sebulan sebab by hook or by crook, mahu menamatkan langganan perkhidmatan Astro perlukan notis sebulan.

Dipendekkan cerita, selepas bertekak dengan pegawai khidmat pelanggan Astro dan maklumbalas kepada peguam mereka yang kurang bijak itu berserta dengan bukti penutupan akaun, pemulangan dekoder dan resit-resit bayaran rasmi, mereka terus senyap sehingga ke hari ini. Saya cuma menegur peguam lantikan Astro yang kurang cerdik itu.

Sila saman saya atas servis yang saya tidak langgan. Akaun yang sudah ditutup dan dekoder juga telah dipulangkan atau saya saman pihak berkenaan kerana cuba menipu dan membuat tuntutan palsu!

Inilah tindakan paling tepat, gunakan hak sebagai pengguna untuk mengelakkan diri kita daripada dianiaya mahupun dibuli pihak kapitalis.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 

Sumber: Novianti Mohd Zain