Fahami Mengapa Banyak Kereta Terpakai (Recon) Jepun Di Malaysia. Ini punca sebenar

Anda salah seorang peminat kereta ‘recon’ atau ‘reconditioned vehicle’ yang nampaknya semakin mendapat tempat di negara kita – khasnya melibatkan jenama-jenama dari Jepun?

Kemasukan kereta recon ini memberikan banyak pilihan pada pengguna kerana banyak model-model yang tidak masuk secara rasmi, kini boleh didapati pada harga yang agak berbaloi untuk dibeli. Kualitinya pula masih layak dikatakan sangat baik.

Kerajaan kita membenarkan syarikat pengedar membawa masuk kenderaan berstatus ‘recon’ ini dengan beberapa syarat tertentu, seperti usia kenderaan haruslah tidak kurang daripada satu tahun membantu membanyakkan lagi kemasukan model-model terpakai ini ke negara kita.

Pernahkah anda terfikir mengapa banyak sangat kereta recon ini datang dari Jepun, dalam keadaan yang baik serta nampak macam baru?

Sistem pemilikan kereta di Jepun yang sangat ketat

Fahami Mengapa Banyak Kereta Terpakai (Recon) Jepun Di Malaysia. Ini punca sebenar

Satu masalah besar berkenaan pemilikan kereta di Jepun, walaupun negara tersebut sangat terkenal sebagai sebuah negara pengeluar kereta dunia – adalah kos pemilikan dan tanggungan sesebuah kereta di sana yang layak dikatakan terlalu tinggi.

Untuk sebuah kereta baru dijual, pemilik tidak perlu menjalani apa-apa ujian keselamatan dalam tempoh 3 tahun. Tamat tempoh 3 tahun tersebut, bermulalah ‘mimpi ngeri’ bagi setiap pemilik kereta di Jepun.

Bermula pada tahun ketiga, pemilik perlu membawa kenderaan mereka untuk menjalani ujian kelulusan bagi membolehkan kereta itu digunakan. Ujian itu pula bukanlah sekali itu sahaja, ia perlu diulang setiap selang 2 tahun selagi mana kenderaan itu mahu terus digunakan.

Kewujudan ujian yang digelarkan ‘shaken’ inilah yang menjadi penyebab utama kenapa banyak kereta terpakai Jepun sampai ke Malaysia.

Ujian ‘shaken’ yang agak teliti

Fahami Mengapa Banyak Kereta Terpakai (Recon) Jepun Di Malaysia. Ini punca sebenar

Untuk semua jenis kenderaan yang mempunyai kapasiti enjin 250cc dan ke atas, mereka wajib menjalani ujian bagi menentukan tahap kesesuaian penggunaan kenderaan di atas jalan raya. Ujian ini wajib dilakukan dan mampu mencapai kos yang tinggi – jangan lupa ujian ini perlu dibuat 2 tahun sekali.

Untuk pemeriksaan sebuah kenderaan bersaiz kecil, yuran yang dikenakan adalah sekitar ¥100,000 atau RM3,695 dan untuk kenderaan besar pula, mampu mencecah ¥200,000 atau RM7,388 sekali ujian.

Ujian-ujian yang dilakukan pula bersifat menyeluruh. Sesebuah kereta akan diperiksa keseluruhan bahagian dan peralatannya. Kereta itu akan turut dinilai ketepatan bacaan meternya, di mana tayar kereta akan digerakkan di atas penggerak pada kelajuan 40km/j dan meter kereta perlu dilaras semula.

Fahami Mengapa Banyak Kereta Terpakai (Recon) Jepun Di Malaysia. Ini punca sebenar

Beberapa ujian seterusnya pula melibatkan ujian emisi asap di mana tahap karbon monoksida sesebuah kenderaan diukur, dengan penanda arasnya berbeza mengikut tahap usia kenderaan. Gagal ujian ini boleh mengakibatkan kenderaan gagal menerima kelulusan.

Sistem brek kenderaan turut akan diuji bagi memastikan kesemuanya berjalan lancar. Selepas lulus kesemua ujian ini, barulah pemeriksa akan menguji perkara-perkara minor seperti lampu brek dan isyarat serta bahagian bawah enjin untuk mengenalpasti wujud sebarang masalah yang meninggikan risiko kenderaan. Hanya selepas itu barulah kenderaan yang lulus dibenarkan untuk terus digunakan.

Apa akan berlaku jika kenderaan gagal ujian?

Fahami Mengapa Banyak Kereta Terpakai (Recon) Jepun Di Malaysia. Ini punca sebenar

Sekiranya kenderaan seseorang pemilik tidak melepasi ujian yang dijalankan, mereka perlulah melakukan pembaikian, penambahbaikan atau penggantian.
Sebagai contoh, sekiranya saiz tayar yang dipasang didapati tidak sesuai dengan kenderaan tersebut, pemilik perlulah menukarkan tayar tersebut terlebih dahulu sebelum kelulusan dibenarkan. Tayar yang dipasang juga perlulah sesuai dengan musim cuaca mereka.
Bagi kenderaan-kenderaan yang telah menjalani proses modifikasi tanpa kelulusan, kenderaan mereka akan ditampalkan dengan sejenis pelekat yang menandakan kenderaan tersebut tidak selamat untuk berada di jalan raya. Kenderaan yang gagal dalam ujian shaken dan ditampal pelekat tidak selamat kerana modifikasi yang melanggar spesifikasi, tidak layak untuk digunakan di jalan raya Jepun.
Fahami Mengapa Banyak Kereta Terpakai (Recon) Jepun Di Malaysia. Ini punca sebenar
Kos pembaikian kenderaan di Jepun juga agak tinggi, berikutan penawaran perkhidmatan yang kurang diceburi masyarakat sana. Ini membolehkan pihak bengkel mengenakan harga servis dan pembaikian yang tidak munasabah, menyebabkan pemilik yang gagal lulus ujian ‘shaken’ kebiasaannya mengambil langkah mudah – melupuskan sahaja kenderaan tersebut atau menjualnya pada pasaran luar.

Ramai juga pemilik merasakan kos untuk menanggung ujian ‘shaken’ tidak lagi berbaloi untuk terus menjaga kualiti kereta mereka, jadi lebih mudah bagi mereka mengeksport keluar kereta mereka untuk dijual dalam pasaran kereta terpakai (second hand).

Itulah sebabnya di negara kita banyak kereta ‘recon’ Jepun dijual, dengan pelbagai pilihan ditawarkan pada harga lebih murah serta jumlah jarak perjalanan yang rendah.

Video Syurga Half Cut Di Jepun

sumber : Iluminasi.com