10 Foto Dasar Laut Menger1kan Ini Dijamin Membuat Bulu Roma Anda Berdiri

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Apakah Kamu pernah menyelami dasar lautan? Apa yang Kamu lihat di sana? Dari banyak foto-foto yang diunggah di dunia maya, dunia bawah laut (terlihat) sungguh indah dan menakjubkan. Dunia didasar laut memang begitu mengagumkan. Tapi ketika melihat foto-foto kehidupan bawah laut berikut ini, pemikiranmu bisa jadi berubah.

Ternyata, dunia bawah laut tidak hanya menakjubkan, namun juga mengerikan! Berikut 10 foto dikutip dari phinemo,

Seorang penyelam tertangkap kamera sedang ‘berbincang’ dengan gurita raksasa

Berjumpa gurita sebesar itu saja akan membuat bergidik, apalagi mendekat dan menyentuhnya. Butuh nyali yang besar untuk melakukannya.

Bagaimana dengan ubur-ubur super besar ini? Pernahkah kamu melihatnya langsung?

Pasti sangat menyakitkan bila disengat ubur-ubur sebesar ini.

Saya berharap tidak berada di atas perahu itu, pasti sangat menegangkan dikelilingi banyak ikan hiu

Apalagi kalau harus terjatuh ke dasar lautan. Saya tak bisa membayangkan bagaimana menegangkannya berenang di antara hiu-hiu. Jadi ingat film Open Water, tentang pasangan yang terpisah dari rombongan saat menyelam di Great Barrier.

Penampakan wajah ikan angler fish yang sangat menyeramkan

Angler fish merupakan karnivora yang hidup di kedalaman satu mil di bawah permukaan laut Atlantik dan lautan di kawasan Antartika. Ikan berwajah monster ini selalu tampak marah karena merasa hidup di habitat yang sangat tidak ramah.

Makhluk misterius ini terlihat lebih menyeramkan ketika menempel pada jangkar rantai bangkai Kapal USS Saratagoga di Lautan Papua Nugini

Sekawanan ‘Spider crabs’ terlihat berbalik arah menghindari penyelam

Mengerikan tapi juga menggemaskan. Jadi teringat Tuan Crab yang hidup di Bikini Bottom.

Betapa mengerikannya rumput laut berlendir yang menyerapai ular ini

Keren karena ia sudah berani berfoto bersama ular laut. Foto ini diambil di bawah laut Pulau Moyo, Sumbawa, Indonesia. Awesome!

Hiu paus atau rhincodon typus yang merupakan spesies ikan terbesar ini terlihat berada di bawah kapal

Perfect timing! Fotografer yang memotret membidik objek pada momen sangat tepat.

Ada yang berani berenang ria di antara ubur-ubur raksasa?

Apa yang Kamu pikirkan saat melihat foto ini? Kok, saya berpikir, kalau si penyelam ini punya kekuatan roket super. Jadi, jika sewaktu-waktu ubur-ubur mengancam nyawanya, dia bisa terbang ke atas. Haduh, maafkan saya sudah mulai berkhayal. Begitulah, banyak sekali mahluk-mahluk ‘mengerikan’ namun juga menakjubkan di lautan.

Dunia dasar laut menjanjikan pemandangan yang luar biasa. Yang penting jangan menggangu hidup mereka, ya!

“KALI pertama mencuba, saya terus jatuh cinta, malah sentiasa mencari peluang melakukannya,” kata Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Norhuda Salleh apabila mengenai minatnya meneroka dasar laut menerusi aktiviti menyelam skuba.

Tidak pernah terbayang pada fikirannya suatu hari nanti, berpeluang berenang dan berjalan di dasar laut sambil menikmati pemandangan indah hidupan marin.

Lebih menyeronokkan apabila dapat menyentuh batu karang hidup pelbagai rupa, saiz dan warna, sambil berenang bersama-sama sang penyu serta belut gergasi.

Norhuda berkata, peluang keemasan itu diperolehnya apabila seorang pelajar luar kampus mengajaknya bersama-sama menyelam skuba di Pulau Mabul.

“Paling teruja apabila diberitahu, pelajar terbabit mempunyai rakan juga produser filem dokumentari, Joe. Memandangkan mereka berdua melakukan penggambaran ‘Discover Scuba Diving’ di dasar laut di pulau berkenaan, lalu dipelawa menjadi ‘pelakon’.

“Selain Mabul, Pulau Kapalai dipilih menjadi lokasi penggambaran kerana kedua-duanya memiliki terumbu karang yang indah dan kehidupan marinnya yang mengagumkan,” katanya kepada BH.

Norhuda berkata, beliau tidak pernah menyelam skuba sebelum ini, sebaliknya melakukan “snorkeling” di beberapa pulau sekitar Sabah.

Beliau berkata, selepas Joe menunjukkan foto keindahan di dasar laut, saya tertarik mempelajari selaman skuba.

“Ketika itu, Joe hanya memberi penerangan 15 minit. Ini termasuk mengajar kemahiran komunikasi asas ketika berada di dalam air dan prosedur menggunakan peralatan menyelam.

“Selepas itu, kami bersama-sama menyelam di perairan Pulau Mabul dengan kedalaman enam meter dan di Pulau Kapalai sedalam 13 meter,” katanya.

Kali pertama bernafas menerusi mulut di dalam air amat menyukarkan kerana tidak pernah melakukannya sebelum ini.

Norhuda berkata, pakej Discover Scuba Diving atau dikenali sebagai ‘Fun Dive’ ini termasuk kos penginapan di resort kedua-dua pulau berkenaan.

“Program ini dikendalikan tenaga pengajar yang diiktiraf Persatuan Profesional Pengajar Menyelam (PADI) dan mematuhi peraturan keselamatan standard,” katanya.

Norhuda tidak memerlukan lesen kerana kedalaman air kurang 10 meter. Sebelum melakukannya pengunjung diajar konsep keselamatan asas, teknik memakai peralatan dan berenang di dalam air di bawah bimbingan penyelam berpengalaman.

INFO Pulau Mabul

12 pulau tercantik di Sabah

Lokasi terbaik di dunia untuk jurugambar bawah laut.

Terletak di kawasan air laut jernih Laut Celebes di luar tanah besar Sabah.

Dikelilingi terumbu karang lembut pada kedalaman dua ke 40 meter.

Keluasan 21 hektar, lebih besar dari Pulau Sipadan.

Antara hidupan laut di sini ialah kuda laut, tapak Sulaiman eksotik, ikan gobi “Fire”, ikan buaya, ikan “Pipe” dan belut laut.

Untuk ke Pulau Mabul, perjalanan menaiki bot mengambil masa 30 minit dari Semporna dan 20 minit dari Pulau Sipadan.

VIDEO :