Dajeii sungguh! Lelaki ini derita TB gara-gara tinggal serumah dengan perokok tegar

Penyakit Tuberkulosis (TB) ataupun Batuk Kering merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang dikenali sebagai ‘Mycobacterium tuberculosis’.

Baru-baru ini, rakan serumah lelaki yang bernama Mizan Paan ini telah disahkan menghidap penyakit Tuberkulosis (TB) ataupun Batuk Kering. Doktor juga telah mengesahkan antara salah satu punca rakan serumahnya menghidap penyakit tersebut adalah disebabkan oleh asap rokok.

Menyedari hal tersebut, lelaki ini telah pun menasihati rakan serumahnya yang merupakan perokok tegar agar tidak merokok di dalam rumah kerana dipercayai boleh membahayakan lagi nyawa penghidap TB tersebut.

Namun begitu, niat baiknya itu telah membuatkan rakan serumahnya bertambah marah lalu dilihat menyalakan lagi sebatang rokok sebagai tanda protes.

Kesal dengan kejadian tersebut, lelaki ini telah meluahkan perasaannya di laman Twitter dan tweet tersebut dilihat telah menarik perhatian warga Twitter yang lain.

Dah kena sound, siap nyalakan rokok lagi

Kawan yang hidap TB pakai mask, tapi perokok tu masih tak peduli

Masih penuhkan ruang tamu dengan asap rokok dia

Rata-rata, ramai warga Twitter yang turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap prokok di luar sana yang masih juga merokok tanpa memperdulikan kesihatan orang di sekeliling.

Kenapalah tak kena dekat diorang?

Better korang satu rumah pergi check

Apakah kesan TB pada diri penghidap?

Apabila bakteria TB menjangkiti seseorang, ia boleh merosakkan struktur tisu paru-paru sehingga ia menjadi keras (mengalami ‘fibrosis’), pembentukan nanah di dalam paru-paru (dalam bentuk abses paru-paru atau ‘empyema’) dan paru-paru berair (‘pleural effusion’). Jika tidak dirawat, kerosakan ini akan menjadi kekal dan melarat sehingga menyebabkan paru-paru  berlubang (‘cavitating lesions’) atau ‘bronchiectatic’. Apabila sampai ke tahap kerosakan yang kekal, pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Kadang-kala walaupun rawatan telah dimulakan, kerosakan paru-paru itu tidak akan dapat dibaiki semula.

Oleh sebab itu, ia amatlah penting bagi kita untuk mengesan penyakit TB dari peringkat awal jangkitan. Jika penyakit TB dikesan dari peringkat awal, kebanyakan pesakit mempunyai reaksi yang baik kepada rawatan. Malah, selepas 2 minggu rawatan TB, kebanyakan mereka tidak lagi mampu menyebarkan kuman TB ini kepada individu lain.