Isteri ditolak kasar ke dalam kolam kerana leka bermain fon

Pengasas produk kosmetik Sheenany Skincare dan juga seorang Instafamous, Sheilanan yang terkenal suatu ketika dahulu kerana majlis perkahwinannya di laman media sosial, kini dilihat sedang bercuti bersama suami tersayang dan anak kecilnya di dalam negara.

Menerusi muat naik terbaru Sheila di laman Instagram, jelas foto-fotonya memperlihatkan dirinya sedang menikmati percutian bersama keluarga kecilnya. Namun apa yang menarik perhatian adalah sebuah video yang dimuat naik olehnya ketika percutiannya itu.

Video yang diambil oleh suaminya itu merakamkan dirinya sedang sibuk bermain telefon walaupun si suami sudah memanggil isterinya beberapa kali. Sheila yang khayal bermain telefon itu kemudiannya berjalan ke arah sebuah kolam renang, ingin mengambil foto dan masih tidak menyahut panggilan suaminya.

Akibat berang akan sikap Sheila, suaminya telah menolaknya kasar sehinggakan dia terjatuh ke dalam kolam renang. Dihujung video tersebut suaminya ada menyebut, “Dari tadi saya panggil tak menyahut kan?”

Akibat tindakan suaminya itu Sheila menangis dan ingin membalas dendam perbuatan suaminya itu. Gelagat pasangan suami isteri yang lucu ini diperhati oleh netizen dan membuatkan ramai netizen meninggalkan komen di Instagram miliknya.

Suami jahil yah

Jahatnya

Kalau aku merajuk setahun

Tega betul suami buat macam tu