Ibu Dua Penunggang Motosikal Di Seafield Tampil Memberitahu Nasib Yang Menimpa Anaknya

SEJAK mula tersebar video dua orang budak menunggang motosikal diganggu oleh sekumpulan ketika melalui jalan depan Kuil Sri Maha Mariamman, satu Malaysia tertanya-tanya apakah nasib mereka.

Mana tidaknya, ada segelintir individu tertentu “menangguk di air keruh,” sebarkan cerita tidak betul, kononnya mereka berdua telah mengadap ilahi , siap ada gambar tidak betul yang disebarkan.

Bagi mereka yang mudah terkena tentu sekali percaya berita tersebut, namun bagi yang bijak pula akan mempersoalkan kesahihaan cerita itu, jika benar mereka mengadap ilahi, takkanlah tak dilaporkan oleh media.

Hasil tinjauan aku di media, tentang nasib dua orang budak tu, aku dapat maklumat kedua-duanya selamat.

Salah seorang sahabat kita bernama Shah Nizan memberitahu kedua-dua budak tersebut telah diselamatkan, difahamkan mereka diganggu tetapi tidaklah terlalu lebih.

“Dua orang budak tu dah diselamatkan tetapi kena ganggu tak lebih sangat. Lepas kejadian anggota dah ambil dua orang budak ni Dan telah buat report di balai, sekian,” tulisnya.

Shah Nizan turut berkongsi gambar mereka.Sumber kedua, Suriani Hani memberitahu salah seorang budak yang kena ganggu (berbaju merah) adalah anak dia.

Beritahunya, ketika anaknya itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.”Dia nak pergi kerja, lagipun itu laluan dia hari-hari pergi kerja,” tulis Suriani.Berhubung keadaannya pula, dia mengesahkan anaknya masih selamat dan sihat.

Kenderaan motorsikal yang baru dibeli, ditunggangi anaknya pula dikatakan habis.”Okay dah tu, kena ganggu ramai-ramai ni, dah buat report semua dah,” katanya.

Sumber Khai Tranier