Dah Bayar RM2,000 Tapi Instapemes Penipu Tak Buat IG Review

Zaman teknologi canggih ni mempelbagaikan cara promote produk kan? Bukan setakat iklan tv, radio atau surat khabar tapi sekarang memang tengah trend promote barang dekat media sosial.

Antara yang paling hot, IG review oleh instafemes atau nama profesional mereka dipanggil Social Media Influencer. Memang ramai orang bisnes akan cari mereka ni untuk dibayar buat IG review terutamanya orang yang baru mulakan bisnes.

Tapi, baru-baru ni ada seorang instafemes dikatakan menipu orang sebab tak buat IG review walaupun dah dibayar!

Satu posting di Twitter mendedahkan yang instafemes bernama Syasya ni minta bayaran sehingga RM2,000 namun hingga kini tiada IG review dibuat olehnya.
Kesian kawan aku kena tipu dengan “Social Media Influencer” perempuan sorang ni RM2K untuk buat review. Please korang, janganlah kerja nak makan duit orang or tipu orang.”

Bukan tu je, dekat tweet tersebut jugak ada screenshot tunjuk IG post mangsa yang mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati.
“Manusia paling tak bertanggungjawab @syasyarushdiena dah bayar dia 2K untuk review barang sampai sekarang tak review!”
Mangsa, Eqa juga turut beritahu yang dia akan laporkan hal tersebut kepada pihak polis selain minta orang ramai untuk share post tersebut. Dan rupa-rupanya, seorang individu berkata Syasya ni memang pernah ada kes menipu orang lain sebelum ni.

Melalui tweet tu, ramai netizen yang memberi reaksi dan komen masing-masing tentang isu instafemes ni. Ada yang reveal that orang lain pun pernah jadi mangsa dia. Ada jugak yang dedahkan that Syasya ni hidup mewah atas duit orang lain sebab kes menipu yang sama. Lepas dapat duit, dia hilangkan diri.

Dah la charge bayaran yang mahal, tapi last last tipu orang!

Syasya yang masih bersekolah ni juga sebenarnya mempunyai 3 akaun Instagram berlainan, dikatakan untuk tujuan berbeza. Wow, hebat kau dikkkk~

Kalau betul la apa yang orang kata, memang tak patut lah kan. Harap kes ni selesai cara baik lah ye..