[VIDEO] Kejutan Di Awal Pagi Daripada Suami Buat Diana Daniell Sebak

Sempenan hari ulangtahun kelahiran yang ke-27 semalam, Datin Diana Danielle mendapat kejutan istimewa daripada suaminya, Datuk Farid Kamil awal-awal pagi lagi.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Farid menghadiahkan sejambak bunga ros merah jambu, belon dan sekotak coklat buat Diana menerusi perkhidmatan kiriman hadiah.

Selain itu beliau turut memuatnaik kapsyen bahawa biasanya orang akan menerima kejutan pada waktu malam sebaliknya beliau menerina kejutan pada awal pagi dan tersentuh dengan tindakan suami yang tercinta.

NORMALLY PEOPLE WILL SURPRISE YOU WAKTU MALAM, AND YOU’D BE MORE READY… BUT EARLY MORNING SURPRISE?! THAT IS A FIRST FOR ME I DONT THINK I WAS FULLY AWAKE FOR THIS… THANK YOU @FARIDKAMILZ, I WAS SERIOUSLY CAUGHT OFF GUARD AND THERE WERE REAL TEARS YANG TERKUMPUL (TAPI PAGI SGT SO IT DIDNT FLOW OUT)… AND THE KIDS TOOK MOST OF THE CHOCOLATES BEFORE I COULD EVEN COUNT THEM. I LOVE YOU AND THE KIDS AND MY MOM AND YOUR PARENTS AND THE ENTIRE FAMILY WE HAVE

Diana turut berkongsi sepotong video dia sebak dan hampir menangis ketika menerima kejutan terbabit.

Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

VIDEO :

Ramai netizen yang turut memberi ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran Datin DD.

Happy birthday Di!!! Fm aunty yg minat youy n yr small family dr dulu lagi

ni mmg btl2 opocot surprise ni… hehe.. Happy Birthday Sia Diana… u r the sweetest..

So sweet, simple je husb dia bagi hadiah

Happy birthday Datin DD… may allah bless u forever ever..