Tak Sangka 5 Artis Ini Ada Pasangan Kembar, Seiras Sangat

Kalau sebelum ini kami pernah berkongsi 7 adik beradik selebriti popular yang korang selalu lihat tetapi sebenarnya mereka adalah adik beradik. Antaranya emma maembong dan chacha maembong, farid kamil dan fadzil zahari.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa artis di negara kita yang mempunyai pasangan kembar.

Ok jom min kongsikan lima selebriti yang ada pasangan kembar!

1. Thanuja Ananthan & Anuja Ananthan

2. Diana Johor & Lina Johor

3. Illya Senario & Yang Sharkawi

Ramai yang tak tahu bahawa Illya Senario ada kembar seiras bernama Yang Sharkawi yang pernah bekerja sebagai seorang guru di sekitar Perak. Maklumat terakhir menyatakan bahawa sekarang beliau bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah di Taiping sekitar tahun 2017.

4. Fify Azmy & Khalie Azmi

5. Ekin & Aenn

Pasangan adik-beradik kembar, Ekin dan Aenn mengakui amat merindui dunia lakonan yang telah ditinggalkan selepas masing-masing mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu.

Ekin atau nama sebenarnya Nora’ashikin Rahmat, 39, berkata, rasa rindu itu muncul setiap kali dia menemani suaminya, Mawi ke lokasi penggambaran.

saya sering mengikut suami ke lokasi penggambaran. Namun kami tidak dapat kembali ke dunia lakonan kerana terlalu sibuk menguruskan perniagaan dan keluarga.

“Selepas kami berkahwin dan bergelar ibu, fokus utama kami adalah terhadap keluarga. Tambahan pula dengan perniagaan yang kami jalankan, semakin sukar untuk kami menerima tawaran berlakon.

Sementara itu, menurut Aenn atau Nora’ Ain Rahmat, biarpun sudah tidak aktif dalam bidang seni, mereka masih menerima tawaran lakonan.

“Sebenarnya kami banyak menerima tawaran berlakon. Pihak produksi menawarkan watak kembar kepada kami.

“Bagaimanapun kami terpaksa menolak kerana tidak dapat memberikan komitmen. Kesibukan menguruskan perniagaan membataskan waktu untuk kami kembali ke dunia seni,” jelasnya.

Ekin dan Aenn pernah berlakon bersama-sama menerusi drama bersiri Kawan yang disiarkan pada 2006.