Fazley kongsi kenangan pedih 13 tahun lalu

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengimbas kembali detik-detik yang tidak dapat dilupakan ketika majlis persandingannya 13 tahun lalu.

Berkongsi menerusi ruangan Instagramnya, Fazley memberitahu, pelbagai kejadian menduganya ketika hari persandingannya ketika itu.

“Kira-kira 13 tahun dahulu saya dan Adik Sayang (panggilan isteri) @azrene_ahmad bersanding selepas bernikah pada 7 November.

“Majlis diadakan dengan harapan agar ianya meriah dan dipenuhi kehadiran insan-insan tersayang serta sahabat handai.

“Namun sayangnya, hanya airmata yang sering hadir di pipi kami berdua, dugaan demi dugaan, halangan demi halangan.

“Malahan rakan-rakan media yang hadir turut dihalang daripada membuat sebarang liputan, rakan-rakan parlimen Arwah Bapak turut menerima panggilan dan ‘arahan keramat’ agar tidak hadir ke majlis kami.

“Makanya, saya dan Azrene sendiri tidak mampu ingat apa yang terjadi, siapa yang hadir, dan apakah butiran lain sepanjang majlis berlangsung.

“Majlis persandingan yang seharusnya menjadi hari yang terindah, menjadi hari yang penuh tangisan, kesedihan dan ketakutan,” tulisnya.

Berkongsi hidup dengan Azrene selama 13 tahun, Fazley bersyukur apabila dikurniakan empat cahaya mata.

“Allah maha besar, tahun ini kami masuk 13 tahun bersama dengan 4 orang anak.

“Terima kasih semua yang hadir ke majlis perkahwinan kami, mungkin kami berdua tidak sempat mengucapkannya sebanyak yang kami hasratkan.

“Namun, sekali lagi terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kami berdua!” tambahnya.

Entri menyentuh hati itu meraih pelbagai komen dan doa daripada peminatnya.

Malah, ada yang menjadikan kisah dan pengorbanan itu sebagai titipan semangat dalam ikatan rumah tangga yang dibina.

Kami turut mendoakan kebahagiaan berpanjangan buat Fazley dan Azrene. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-13 tahun!

Sementara itu rata-rata netizen mengucapakan tahniah kepada Datuk Fazley dan masing-masing turut merasakan kesedihan tersebut.

Jom baca apa komen netizen di bawah

1) Happy Anniversary Datuk @fazleyyaakob & @azrene_ahmad semoga sentiasa di dalam rahmatnya & berjaya dunia serta akhirat. I’m so proud of you.

2) maizirah Patutlah sedih sangat semua masa tu…ada cerita rupanya @syikin_hunny @shariniey

3) umie_quin Buat kenduri kawin semula. Bersanding dengan anak2. Pasti meriah. Doakan yg terbaik utk Dato datin

4) salwah_abdullahI cried while reading your post and the pics tell all.