Safiq Rahim tinggaIkan JDT. Ini Koleksi Kereta Mewah Milik Safiq Rahim, SeteIah Sekian Lama Berkidmat Bersama JDT. Memang Legend Kalah Kereta Pemain Lain.

Pemain bola sepak Safiq Rahim merupakan antara pemain tengah yang terbaik di Malaysia. Safiq Rahim kini merupakan pemain utama Johor Darul Takzim (JDT) dan merupakan ketua pasukan.

Kehebatan Safiq Rahim sentiasa digeruni pihak lawan. Hantaran dan kehebatannya membuat jaringan sudah tentunya menjadi igauan pihak lawan. Safiq Rahim juga sememangnya jaguh dalam mengambil sepakan percuma dan sepakan penjuru.

Pada umur 29 tahun, Safiq Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan untuk bersara dari mewakili Malaysia. Safiq Rahim telah berkahwin dengan pemain boling Malaysia iaitu Zandra Azila dan telahpun mempunyai anak.

Pemain yang berasal dari Selangor ini juga mempunyai kereta yang sangat mewahantaranya ialah Ford Mustang. Ini merupakan hasil titik peluhnya yang bekerja bersungguh-sungguh seterusnya menjadi pemain bola sepak yang handal.

Jom lihat gambar kereta mewah Safiq Rahim.

Selain bermain bola sepak, Safiq juga mempunyai kedai makan di Johor.

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR LUANGKAN MASA DI KAFE SAFIQ RAHIM | 21HB FEBRUARI 2016 DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail…

RAMAI bertanya-tanya berbaloikan membayar gaji teramat tinggi kepada pemain bola? Ramai menjawab, ya.

Mereka wajar mendapat pendapatan itu kerana mereka mewakili negeri atau negara agar mendapat pemain terbaik. Bintang yang perlu diperkenalkan lagi, Shafiq Rahim mesalnya mengikut laporan footballkelantan.blogspot.my mnganggarkan pendapatan beliau RM250,000 sebulan, setaraf dengan pemain import.

Laporan itu menyebut shafiq pernah mengumumkan persaraan pada Julai 2016 sekaligus memberi kesan kepada pasukan kebangsaan ketika itu tengah tenat dan tersingkir saingan kejohanan AFF Suzuki 2016, Tidak lama kemudian, beliau kembali dari persaraan menyarung jersi kebangsaan.

Kejayaan paling di ingati adalah apabila Safiq membantu Johor Darul Takzim memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015. Pengiktirafan paling tinggi yang pernah di peroleh pemain bolasepak Malaysia. Gaji Safiq pada 2015 adalah sebanyak RM70 000 tetapi dengan kejayaan yang di raih pada tahun 2015 dan 2016, Dikhabarkan beliau dinaikkan gaji sangat lumayan

Dikhabarkan gaji Safiq Rahim dinaikkan iaitu sebanyak RM250K (sekarang) dari 70K (2015), tak salah beliau dapat gaji sebanyak itu kerana permainannya sudah setaraf pemain import yang lain.

“Selepas kontrak tak disambung, Safiq Rahim jawab spekulasi tinggalkan JDT!”

Tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) melepaskan khidmat bekas kaptennya, Safiq Rahim menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Banyak kelab dikaitkan dengan pemain tengah berusia 31 tahun itu sehinggalah lima kelab, antaranya Selangor, PKNS FC, Shah Alam Antlers FC, Ampang United FC dan Kelab Bola Sepak Raja Permin membuat penafian mengenainya.

Untuk menjawab segala spekulasi tersebut, Safiq menegaskan keputusannya untuk meninggalkan juara lima kali Liga Super itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Saya ingin tegaskan di sini, tiada apa-apa atau sesiapa yang mempengaruhi pemergian saya dari JDT. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa,” katanya dalam satu posting di Instagramnya, Rabu.

Safiq berkata keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama demi kepentingan JDT dan dirinya sendiri.

“Jangan ada pihak yang sesuka hati membuat spekulasi sendiri hingga memburukkan keadaan antara dua pihak,” katanya. Dalam pada itu, Safiq turut terbuka menyertai pasukan Harimau Selatan itu semula suatu hari nanti.

“Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali,” katanya.

Posting terbaharu Safiq mengenai isu dia tidak lagi bersama JDT musim depan.

Pemain tengah itu turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikan kepercayaan dan membantu dirinya serta keluarganya selama ini.

“Enam tahun mungkin tak cukup untuk saya balas budi baik Tunku dan JDT.

“Ia adalah satu penghargaan terbesar dapat bersama dalam keluarga JDT dan mengecapi kejuaraan bersama,” katanya.

Tunku Ismail dalam satu posting di Twitternya pada Selasa berkata keputusan tidak menyambung kontrak Safiq dilakukan kerana JDT mahu membawa masuk pemain import yang lebih bagus dan muda daripada pemain berusia 31 tahun itu pada musim depan.

Katanya, kelab Harimau Selatan itu tidak mampu menanggung pemain yang bergaji tinggi namun hanya sekadar memanaskan bangku simpanan.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail berkata pasukan itu sendiri mempunyai Nazmi Faiz yang menampilkan persembahan baik pada musim ini dan beberapa pemain tengah muda yang lain.

“Dengan JDT yang banyak membawa masuk pemain-pemain muda, jika pemain senior seperti Safiq Rahim masih lagi berada di dalam pasukan, pemain muda ini agak sukar untuk mengembangkan bakat dan permainan mereka,” katanya.

Oleh sebab itu, Tunku Ismail berkata beliau mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda tempatan dan berbakat daripada mengekalkan Safiq. sumber mstar

” Safiq Rahim terpaksa ‘dikorbankan’ – TMJ menjawab persoalan Safiq Rahim tinggalkan JDT! ”

Tumpuan kepada pembangunan pemain muda menjadi punca utama tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim terpaksa ‘dikorbankan’ bagi saingan musim depan.

Pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Twitternya menjelaskan pasukan itu berdepan ‘kebanjiran’ pemain tengah muda sekali gus menyaksikan peluang untuk mereka beraksi terbatas seandainya pemain senior masih kekal bersama Harimau Selatan.

Menurutnya, beliau lebih suka memberi peluang dan membangunkan potensi pemain muda berbakat sebagai pelan jangka masa panjang daripada menyimpan pemain senior seperti Safiq.

“Pelbagai spekulasi timbul mengenai penghijrahan Safiq tetapi yang sebenarnya, kami akan memiliki pemain import yang lebih baik dan lebih muda untuk menggantikan Safiq.

“Pasukan tidak mahu meletakkan pemain dengan gaji yang tinggi hanya untuk memanaskan bangku simpanan. Kami memiliki banyak pemain muda seperti Nazmi Faiz yang beraksi dengan baik pada musim ini dan pemain tengah muda yang lain.

“Kami menandatangani ramai pemain muda. Jika kami menyimpan semua pemain senior, pemain muda kami tidak dapat digunakan sepenuhnya. Tidak perlu menimbulkan spekulasi kerana inilah kebenarannya,” kata Tunku Ismail, malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai perpindahan Safiq, Tunku Ismail menegaskan beliau menghargai sumbangan yang diberikan bekas kapten pasukan itu namun sudah tiba masanya untuk memandang ke hadapan.

“Safiq adalah legenda, dia sudah memberikan yang terbaik dan sudah mencapai kemuncaknya. Namun, ini adalah masanya untuk memandang ke hadapan, tidak hanya statik dan membayarnya gaji yang tinggi tetapi jarang menurunkannya.

“Menguruskan sesebuah pasukan membabitkan inovasi, kemajuan dan bergerak ke hadapan. Seperti yang sudah saya katakan banyak kali, JDT adalah pelopor dan bukannya muzium,” katanya.

Sejak menyertai JDT bermula 2013, pemain tengah kebangsaan itu berjaya merangkul lima kejuaraan Liga Super, tiga Piala Sumbangsih serta masing-masing satu Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC.