‘Marketing strategy tak kena tempat, nanti customer tak nak beli sebab model hitam’ – Netizen terkejut dengan komen 2 individu ini

Viral di media sosial ada segelintir individu yang mempersoalkan tindakan sebuah syarikat kosmetik menggunakan model wanita berkulit gelap yang dikenali sebagai Iman Mohamed Osman Yagoub untuk mempromosikan produknya.

9 November lalu, Orgga Malaysia memuat naik kenyataannya berhubung perkara itu di Instagram sekali gus menyatakan sokongan terhadap golongan wanita berkulit gelap.

“Kulit gelap tak cantik.”

“Ewwww! Buruk Gilerrr”

“Dark skin can never be pretty!!”

“No! No! No! We at Orgga Malaysia, we are against these statement, at all! We want to celebrate women of all colours especially dark skin women. Kami juga sering dipersoalkan tentang pilihan model Orgga. Ada yang berpendapat:
* “Ini Malaysia lah, mana laku model macam ni” 

* “Nanti orang tak nak beli lah, sebab takut nanti jadi hitam”

* “Kalau nak laku cepat, kenalah guna model kulit putih dan glowing macam artis Korea”

* “Yes, some people think it is true, but we choose not to follow because:

* Kami percaya kecantikan tidak bergantung pada warna kulit seseorang.

* Kami ingin buktikan dan educate masyarakat Malaysia, cerah atau putih tidak semestinya kulit cantik dan sihat.

* Kami yakin pengguna akan memilih produk Orgga kerana ia berkesan dan selamat dan bukan kerana model putih, cerah, glowing. 


“Dengan isu warna kulit yang sedang viral sekarang, kami sebagai brand natural and organic skincare Malaysia yang pertama menggunakan model berkulit gelap yang sering merasa ‘insecure’ atau tidak yakin. Don’t be!! You’re beautiful just like everyone else.

“Be confident, be smart, be kind dan flaunt your healthy and natural glowing skin! That what makes you beautiful! This is 21st century guys, we have to break this stigma!” demikian kenyataan Orgga.

Bagaimanapun, ada beberapa individu tidak bersetuju dengan kenyataan Orgga dan berkeras menegaskan bahawa syarikat kosmetik masih perlu menggunakan khidmat model wanita berkulit putih untuk lariskan produk seperti beberapa usahawan kosmetik popular di negara ini.

“Sorry, bukan peminat geng-geng Aliff Syukri, Sajat dan Vida sangat. Tapi marketing diorang itu la memang kena dengan tempat. Orgga marketing stragegy tak kena Malaysia ni. Jual produk kulit kalau pakai model berkulit gelap susah nak laku kat sini. Tapi kalau jual kat Afrika ke, India ke, insyaAllah boleh pergi business. Fikir-fikirkanlah, apa-apa pun good luck Orgga,” tulis lelaki yang merupakan jurufoto.

“Betul. I sangat sokong your statement. I sell beauty product myself. i rasa marketing Orgga tak kena tempat. Nanti customer tak nak beli sebab model hitam. We have to admit the fact that dark skin is not so beautiful. No commercial value,” tulis wanita yang menyokong kenyataan jurufoto berkenaan.

Tampil beberapa netizen lain tidak bersetuju dengan pandangan dua individu berkenaan. Namun, mereka pula menegaskan Malaysia masih belum bersedia menerima perubahan seperti ini berdasarkan pemerhatian mereka.

“Yeah, but I still think from a marketing point of view. This is the worst choice ever! Lepas ni boleh la buat Qu Hitam! Qu Hitam! #whatajoke,” tulis wanita itu tadi.

“Tak nak cakap lebih-lebih tapi saya kerja dalam bidang ini dah bertahun-tahun. Realitinya macam tu. Sekarang tolak tepi la niat baik ke, be different ke, nak educate ke, tetap realiti orang Malaysia tertarik dengan kulit cerah.

“Kalau tan skin tu tahan lagi la. Tapi yang too dark.. Saya tengok ad ni lalu hari tu, ingatkan iklan dari negara lain.

“Cut short, start business awal-awal marketing Orgga, please do your research on targeting customer, trend, interest semua. Tak tahu macam mana, DM saya. Semoga berjaya,” tulis jurufoto terbabit.

Sementara itu, netizen tetap tidak bersetuju dengan pandangan dua individu berkenaan yang juga kesal kerana mereka tergamak memberikan pandangan yang dianggap biadab.