“Paksa saya bagi rating 10 bintang untuk dapat deposit semula” – Owner Homestay ‘Pedajal’ Pelanggan

Hari convocation ini sudah semestinya akan menjadi hari yang menggembirakan buat semua keluarga bagi meraikan kejayaan seseorang apabila menamatkan pengajiannya.

Pasti merantau jauh untuk meraikan detik bermakna ini bukan satu halangan bagi keluarga yang menetap di luar dari negeri institut tersebut.

Menetap di hotel ataupun homestay merupakan altenati utama bagi mereka, tapi malang tak berbau apabila keluarga ini dianiaya oleh pemilik homestay tersebut.

Dalam iklan tak senaraikan harga, bila nak bayar cas harga mahal siapa ada caj tambahan lagi!

“Baru-baru ni adik sis ad konvo di utm skudai.. Then kakak n ayah sis pergi la meraikan n diorang ada la booking 1 homestay ni through traveloka..

Tapi owner ni macam b******* sangat..kalau korang nak tahu kenapa sis cakap macam tu, meh tgk gambar di bawah..

Alang2 tu kalau rajin nak viralkan.. Silakan lah sangat..”

Masa dalam iklan dia tak paparkan harga, tapi bila dah contact, kena caj RM 400 malah siap ada caj tambahan lagi! Tasnim Jamil ada cuba buat aduan di aplikasi tersebut namun tidak dilayan.

Sudah lah rasa seperti diperbodohkan, apabila sampai ke kediaman ianya amatlah mengharukan, bahkan didesak untuk berikan ‘review’ bagus untuk dapatkan semula deposit tersebut. Baca kronologi cerita ini.

Menginap dalam keadaan yang tidak selesa

Lepas keluar, dikatakan ada bakul patah, kena ‘deduct’ RM 50..Paksa beri 10 bintang dan good review!

Jangan kata desak, rasanya boleh dikatakan ke tahap mengugut pun ada kerana memaksa pelanggan melakukan sedemikian. Patutlah caj deposit dengan harga yang mahal!

Kemudian caranya seolah-olah nak perdajal pelanggan. Sengaja nak berikan barang-barang yang tak masuk akal.

“Tolong beri rating 10 markah. Nanti saya bust refund”

Haiihh! Macam-macam lah, haritu pasal budak nak projek, yang ini pula pedajal penumpang. Bila baca pasal kes ni, makin ragu-ragu nak pilih apa-apa perkhidmatan sebab kena paksa macam ni