Survey Menunjukkan Pengguna iPhone Paling Miskin, Orang Kaya Pilih Huawei

Selalu orang kata siapa pakai iPhone mesti kaya kan? Tapi, kalau korang nak tahu.. survey terbaru menunjukkan yang kebanyakan pengguna iPhone ni tak lah kaya seperti yang dikatakan!

Syarikat membuat survey terkenal di China bernama MobData baru-baru ni keluarkan kajian, yang mempunyai maklumat tentang pengguna telefon pintar di China. Apa yang mengejutkan, pengguna iPhone di China kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah atau bahasa kasar dia ‘orang miskin bajet kaya’.

Sebab tu agaknya ramai yang masih menggunakan iPhone 6 dari tahun 2014. Asalkan boleh berlagak and bagitau yang dia pakai iPhone..

Kebanyakan daripada mereka adalah wanita bujang berusia antara 18 hingga 34 tahun, berpendapatan kurang daripada 3,000 Yuan (lebih kurang RM1,800). Mereka juga mempunyai tahap pendidikan yang rendahberbanding dengan pengguna telefon pintar jenama lain dan bekerja sebagai non-professionals.

Selain tu, kajian tersebut turut mendedahkan yang pengguna Apple lebih setia berbanding pengguna jenama yang lain. Malah, 65.7% pengguna Apple akan tetap beli telefon jenama itu jika perlu dapatkan yang baru.

Bagi Huawei pula, kebanyakan pengguna jenama tu adalah lelaki yang sudah berkahwin dan berusia antara 25 hingga 34 tahun. Secara purata, mereka berpendapatan antara 5,000 Yuan hingga 20,000 Yuan (lebih kurang antara RM3,000 hingga RM12,000) serta bekerja dalam bidang profesional. Kebanyakan daripada mereka juga adalah usahawan berjaya!

Xiaomi, iaitu jenama telefon pintar top di China, menunjukkan yang kebanyakan pengguna mereka terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin berpendapatan di antara 5,000 Yuan hingga 10,000 Yuan (lebih kurang RM3,000 hingga RM6,000).

Korang rasa orang Malaysia yang guna iPhone pun macam ni jugak ke?