Nak Sorok Dari Family, Tapi Termasuk TV Pulak. Pelajar SPM Kantoi Curi-curi Tengok Perlawanan Bola, Ini Respond Bapak Dia Buat Ramai Terkejvt.

Zaman remaja merupakan zaman yang banyak kenangan. Ada suka mahupun duka. Kali ini Erin berkongsi di Twitternya berkenaan peristiwa lucu apabila adik lelakinya yang secara senyap menonton perlawanan bola tapi ‘kantoi’ dengan dramatik sekali.

Kantoi Time Semua Tengah Tengok Berita.

Kisahnya bermula apabila adik lelakinya yang sedang dalam tempoh SPM bertindak diam-diam menonton bola tanpa pengetahuan ibu bapanya. Tapi entah bagaimana, pada hari tersebut, gambar adik lelakinya keluar berita TV!

Hilangkan stress la tu..

Peristiwa ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang memahami dengan mengatakan adiknya hanya ingin melepaskan stress.

Nak Sorok Dari Family, Kantoi Satu Malaysia. Sumber: Erin

SELEPAS KANTOI

PESANAN BABA TAPI MAMA MASIH SPOTING

Alhamdullilah Malaysia Menang Ini Kata-kata jurulatih Myanmar setelah kalah. Berbaloi adik itu pergi.

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh jurulatih Myanmar, Antoine Hey selepas menyaksikan pemainnya diratah Harimau Malaya 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Hanya perkataan tahniah dan selamat berjaya kepada Harimau Malaya boleh diperkatakan Hey selain akur dengan kegagalan skuad bimbingannya mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir pada 2016.

Nama Hey menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas beliau didakwa mengakui tidak takut dengan sorakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya sebelum aksi kedua-dua pasukan.

Jangkaan Hey jelas meleset apabila persembahan terbaik yang diharapkan daripada anak buahnya dilihat tenggelam dengan sorakan lebih 83,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional.

“Saya tak boleh menyalahkan pemain, ramai pemain yang beraksi penuh 90 minit sepanjang kejohanan dan mereka tampak bergelut.

“Aksi menentang Malaysia amat sukar melainkan kalau kami berjaya menewaskan Vietnam di gelanggang sendiri, situasi mungkin berbeza.

“Jadi selamat berjaya buat Malaysia. Kami dibarisi pemain muda dan mereka jelas tidak pernah berdepan dengan suasana penyokong sebegini.

“Beberapa pemain hilang konsentrasi, tapi ini satu proses buat pemain dan membentuk pasukan. Kami bangga dengan apa yang sudah kami lakukan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Myanmar melepasi peringkat kumpulan Piala AFF 2016 selepas menang 1-0 ke atas Malaysia pada aksi terakhir peringkat kumpulan, sebelum tewas 0-6 secara agregat kepada Thailand pada separuh akhir. -hmetro