“Memang solat masih sah tapi perbuatan sendiri yang haram” – Da’i Izzhar buat pencerahan isu rambut Awal Ashaari

PENGACARA Awal Ashaari menjelaskan solatnya sah memandangkan perubahan warna rambutnya menjadi putih itu tidak ada menggunakan sebarang produk pewarna.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 37, berkata dia mengambil masa dua hari dan tujuh kali untuk melunturkan warna asal rambutnya.

“Ia mengambil masa selama dua hari dan tujuh kali membuat pelunturan untuk mendapatkan rupa ini.

“Tidak ada setitik pewarna rambut yang terlibat dalam proses itu. Oleh itu, ia bersifat boleh solat,” tulisnya menerusi laman Instagram.

“Memang solat masih sah tapi perbuatan sendiri yang haram

Awal menjelaskan dia tidak menggunakan sebarang pewarna rambut untuk mendapatkan perubahan rambutnya.

Penampilan baharu Awal itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat tindakan tersebut haram dan menyebakan solatnya tidak akan sah.

Dalam pada itu, mStar Onlinemendapatkan pandangan daripada penceramah bebas, Da’i Izzhar atau Ahmad Izzhar Ahmad Nazri berhubung dengan perkara tersebut.

Menurut Izzhar, mengubah warna rambut dalam Islam merangkumi tiga syarat iaitu bahan yang digunakan tidak menghalang air untuk meresap di dalam rambut.

“Memang solat masih sah tapi perbuatan sendiri yang haram

Netizen mempersoalkan tindakan Awal mengubah warna asal rambutnya.

Manakala syarat kedua, warna rambut yang diubah itu tidak boleh menyerupai kaum yang beragama lain dan ketiga, tidak boleh mengubah menjadi warna yang pelik.

“Mewarnakan rambut ada tiga syarat iaitu bahan-bahan yang digunakan halal dan tidak menghalang air serap dalam rambut.

“Warna itu juga tidak boleh menyerupai kaum dari agama lain dan pemilihan warna tidak pelik seperti putih, ungu atau merah,” katanya.

Tambah Izzhar, memang benar solat yang dilakukan Awal menjadi sah namun perbuatan mengubah warna rambut adalah haram.

“Memang solat masih sah tapi perbuatan sendiri yang haram

Ustaz Izzhar menjelaskan tiga syarat mewarnakan rambut.

Bagaimanapun, seseorang itu dibenarkan mengubah ciptaan Allah sekiranya ia boleh memudaratkan kehidupan atau kesihatanya.

“Tiada masalah untuk Awal menunaikan solat kerana ia sah memandangkan dia tidak menggunakan pewarna rambut. Solat masih sah tapi perbuatan itu tetap haram.

“Melainkan kalau dia tak ubah warna rambut boleh mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan atau kesihatannya, barulah dibenarkan,” ujarnya.

Bleach itu bermaksud melunturkan. Berbeza dengan mewarnakan rambut. Mewarnakan rambut itu jelas haramnya, tiada kompromi. (Nah, jawapan free bagi yang mahu mewarna rambut.)

Walaupun bahannya halal dan toyyibah, masalahnya bukan pada kandungan pewarna rambut, tapi pada perbuatan menyalut rambut dengan sesuatu yang menghalang wuduk dari menyentuh rambut.

Tetapi, bleach tidak mghalang air menyentuh rambut sama sekali sebab ianya menghakis bukan menyalut. Untuk mudah warna-warna kelihatan pada rambut, kita perlu melunturkan warna hitam pada rambut kita sebelum menyapu warna.

Tiada dalam nas al-quran mahupun hadis, kerana zaman Rasulullah s.a.w mungkin tiada teknologi bleaching (betulkan fakta ini kalau saya silap). (Tapi saya jumpa ada dalil sambung rambut, tidak pasti jika ada juga dalil tentang meluntur rambut)

Kalau ikut logik akal, saya personally berpendapat boleh (bukan saya untuk menjatuhkan hukum), selagi tidak difatwakan oleh mana-mana mufti yang lebih mengkaji. Taaaaaapi, ada situasi perlu ditimbang tara. Contohnya, kita (yg perempuan), jika ada misai yg jelas kelihatan di muka.

Keadaan sebegini saya rasa (takut nak bagi pendapat ni) dibolehkan jika misai itu mengaibkan. Untuk rambut pula, hmm. Jika kita berkeinginan untuk menukar warna rambut, sepertinya kita tidak setuju dengan kejadian Allah itu, nauzubillah.

Sama seperti plastik surgery. Jika plastik surgery itu untuk merubah aib (seperti sumbing atau parut terbakar), maka dibolehkan. Tapi jika sangaja untuk kelihatan cantik menarik atas penilaian sendiri, ianya tidak dibolehkan.

Kesimpulannya, walaupun bleach rambut tidak mghalang air menyentuh rambut, hukumnya, bukan pada ilmuan, agamawan, atau saya yg tetapkan. Tapi tanya pada hati, sebab apa kita mahu merubah warna rambut yang dihadiahkan Allah?