Kereta Axia Rosak, Wanita Tak Sangka Owner Kedai Cina Ini Sanggup Bagi Pinjam BMW

Saat perpaduan di negara ini tercalar atas beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini, masih ada kisah-kisah yang menyentuh hati mengenai hubungan antara kaum muncul di media sosial sebagai inspirasi kepada semua pihak.

Menerusi perkongsian netizen bernama Nik Elin di Facebook, dia telah menceritakan pengalamannya dengan seorang tauke kedai tayar berbangsa Cina yang sangat baik hati.

“Hari ini biar saya jadi rasis sikit” 

Menurutnya, pagi tadi kereta Perodua Axia yang dipandunya tiba-tiba rosak di tengah jalan membuatkan dia terpaksa mendapatkan khidmat sebuah kedai tayar di Segambut.

“Hari ini biar saya jadi rasis sikit. 

“Pagi ini Perodua Axia saya rosak, jadi saya terpaksa tunggu selama 2 jam sebelum kereta penunda datang membantu. Lepas tu saya pun cadang nak bawa kereta saya untuk tukar baterinya dan buat maintenance tayar.

“Jadi saya pun pergi ke tempat servis dan kedai tayar kegemaran di SEGAMBUT tetapi agak terkejut melihat prosesnya berjalan. 

“Anak saudara pemilik kedai itu, Jack Loh selalu bagi servis yang terbaik. Dia selalu beri servis lain dari yang lain kepada pelanggan yang datang ke situ,”katanya.

“Saya beri dia kunci Axia, dia hulur kunci BMW” 

Tapi siapa sangka kan, Nik Elin yang pakai kereta Axia tadi tiba-tiba pulang dengan kereta BMW pula. Begitu hebat servis Jack ni pada pelanggannya. Hingga ke tahap beri kereta sendiri kepada pelanggan. Wow! 

“Lepas menukar bateri kereta, dia kata dia perlukan masa lebih kurang satu jam untuk maintenance betul-betul pada tayar kereta saya tu. Tapi saya cakap saya sibuk pada hari itu dan tak mungkin saya boleh tunggu sejam di situ.

“Jadi dia pun tanya kalau saya nak tak ambil keretanya pulang sementara dia siapkan tayar saya, dan disebabkan masalah ini, dia akan buat servis tersebut secara percuma. 

“Okay saya pun cakap, saya bagi dia kunci kereta Axia saya, dan dia pula beri kunci kereta BWM dia,” kata Nik Elin. Uishhh dasyat! 

Tambah Nik Elin lagi, lelaki berbangsa Cina ini terlalu percayakan pelanggannya sampai sanggup bagi kereta mahal untuk diguna.

“Inilah sebabnya saya panggil CINA BEST!” katanya lagi. Ops!

Netizen kongsi pengalaman serupa dengan mekanik Cina 

Nampaknya bukan Nik Elin saja yang bertuah dapat pemilik kedai mekanik yang baik hati macam tu, ada juga beberapa netizen lain yang kongsi pengalaman serupa. Cumanya dia orang tak adalah bertuah sampai dapat pakai kereta BMW kan…

Apa-apapun cerita yang baik eloklah kita share supaya nilai-nilai positif dapat disemai di kalangan masyarakat. Elakkan komen berbaur perkauman ye gais! Kita sama-sama sayangkan Malaysia kan?