Tengok Dengan Teliti Gambar Wanita Ini, Anda Akan Terkejvt Dengan Rahsia Yang Tersembunyi

Apabila anda melihat potret ini, pasti anda terfikir yang jurufoto ini sangat artistik. Fotonya sangat cantik bagai sentuhan tangan seorang pelukis. Dan ia sebenarnya bukan foto tetapi sebuah potret. Realitinya ia adalah lukisan potret yang sebenar hasil sentuhan tangan yang sangat artistik oleh seorang artis bernama Leng Jun.

Leng Jun adalah seorang artis kontemporari yang sangat berpengaruh di China. Hasil kerja seninya adalah yang terbaik di kalangan artis yang lain dalam menghasilkan lukisan dan lakaran dengan penelitian yang sangat halus dan mengagumkan.

Leng Jun dilahirkan di Sichuan, China menamatkan pengajian dalam bidang seni halus di Kolej Wuhan cawangan Hankou pada tahun 1984 dan kini telah menetap dan bekerja di Beijing.

Leng Jun dikenali sebagai seorang artis yang menghasilkan kerja seninya dengan cara dan tumpuan yang sangat halus dan mengagumkan. Dan apabila anda melihat sendiri hasil lukisannya anda mungkin tidak dapat membezakan yang sama ada lukisan itu sebuah foto atau lukisan hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus.

Anda pasti akan berasa sangat kagum dengan hati yang berdebar-debar melihat lukisan potret ini. Bawakan sekali kanta pembesar untuk melihat ketelitian setiap jejalur dan bayangan pada lakaran dan warna yang sangat kemas di atas potret yang akan membuat anda berasa tidak percaya yang ia adalah sebuah lukisan.

Lihat sahaja hasil kerja Leng Jun yang sangat hebat dan mengagumkan ini . Lihat lebih lanjut hasil lukisan seni halus Leng Jun di Wide Walls dan China Cool Art.

Sungguh teliti dan realisitik!