Inilah 7 Selebriti Cantik Indonesia Berkahwin Dengan Jejaka Malaysia

Perkahwinan di antara dua negara, Malaysia dan Indonesia sudah tidak asing lagi di negara kita. Lebih-lebih lagi di kalangan selebriti hiburan.Jelas sekali jodoh tu tak mengenal budaya dan bangsa kan? Kata orang, kahwin campur ni pun boleh buka peluang untuk mendapatkan anak-anak yang comel. Kalau tak percaya, try la. Ok gurau je. Hiks!

Berikut Admin senaraikan 7 selebriti Indonesia yang telah memilih jejaka Malaysia sebagai pasangan hidup mereka.

1. Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair

Pelakon dan penyanyi cantik Indonesia dan actor kacak Malaysia kalau bergabung mesti la meletop kan. Selepas berkahwin dengan Bunga, Ashraf Sinclair turut berhijrah ke negara sebarang bagi meluaskan kariernya di sana.

2. Prisia Nasution & Iedil Putra

Pelakon dan model Indonesia, Prisia Nasution memilih pelakon Iedil Putra sebagai pasangan hidupnya. Ini merupakan perkahwinan kedua Prisia selepas berpisah dengan suaminya sekitar tahun 2012 yang lalu.

3. Kikan Namara & Udzir Harris

Ingat lagi dengan vokalis kumpulan Cokelat yang menyanyikan lagu Karma? Ya, Kikan telah berkahwin dengan jejaka Malaysia yang sebelum itu telah menjadi pengurusnya.

4. Poppy Putri & Dato’ Abdul Rahim Al Haj

Penyampai popular Indonesia, Poppy Puteri telah sah menjadi isteri kepada usahawan dari Malaysia, Dato’ Abdul Rahim Al Haj sejak 2016.

5. Tya Ariffin & Asyraf Khalid

Pelakon Indonesia Tya Ariffin berkahwin dengan anak kepada Datuk Khalid Mohammed Jiwa, Asyraf Khalid yang juga merupakan seorang usahawan dari Malaysia dan Menantu kepada Penyanyi No.1 Malaysia Dato Siti Nurhaliza.

6. Laudya Cynthia Bella & Ungku Imran

Pelakon dan penyanyi manis Laudya Cynthia Bella merupakan antara selebriti yang terkini berkahwin dengan jejaka Malaysia, Ungku Imran. Pasangan ini memilih untuk menikah selepas berkenalan selama beberapa bulan.

7. Enny Beatrice dan Datuk Seri Tengku Adnan