Baru Je Seminggu Menggembara Solo, Nyawa Wanita Ini Melayang Pada Negara Pertama Dikunjunginya

Siapa saja yang tidak ingin jelajah ke negara luar seorang diri? Trend ini lebih dikenali sebagai backpackers. Backpackers bermaksud seseorang yang menjelajah dengan membawa barangan mereka di dalam beg galas.

Namun tidak semua kisah backpackers berakhir dengan kegembiraan. Baru-baru ini, seorang wanita Mexico yang berumur 25 tahun, Maria Mathus Tenorio m4ti dir0g0l di Costa Rica. Maria pada ketika itu ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan musiknya.

Mengembara demi menyebarkan musik

Pemusik dan produser lagu ini menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya. Namun di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila m4yatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.

Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata m4yat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.

Dis3rang di tepi pantai

Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British dis3rang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.

Bagaimanapun Maria dis3rang, dir0g0l dan kemudiannya dibvnuh secara k3jam oleh per0g0l itu yang melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.

Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki mer0g0lnya.

Kepada wanita lain yang ingin melancong seorang diri ke luar negara, seeloknya pergilah bersama orang yang anda kenal. Di tempat orang kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Lebih baik selamat daripada menyesal.