Tak sangka. Inilah maksud sebenar simbol petak berwarna disetiap ubat gigi.

Periksa ubat gigi di rumah dan pastikan tiada toxic!  Selalu dpt message mcm ni di whatsapp? Dah tiba masanya untuk hapuskan terus mitos tanda warna pada tub ubat gigi. Ini adalah thread

Warna pada hujung tub ubat gigi tu dinamakan “eye mark” .ia digunakan oleh machine sebagai tanda untuk lipat dan “heat stamp” . Bukan sebagai tanda kandungan ubat gigi!

Hampir semua tube yg menggunakan teknologi dan mesin memproses yang sama ada tanda eye mark ni.bukan hanya ubat gigi. Kadang2 di tengah,kadang2 di tepi.

Tapi kenapa kene ada warna yang berbeza doc? Guna satu colour je la sebagai eye mark? Sebab mesin lain pengeluar pilih warna yang lain.juga byk saiz tube dan bentuk tube. Sekali lagi bukan untuk tentukan bahan dalam ubat gigi tersebut!

Jadi kenapa wujudnya “hoax” ni? Pada saya ianya tujuan marketing. Bila kita takutkan org lain dengan mengatakan ubat gigi pesaing mengandungi chemical, dan ubat gigi keluaran syarikat sendiri lebih natural, jualan akan meningkat. Pada saya ini marketing murah dan tak beretika.

Yang penting semasa memilih ubat gigi adalah lihat bahan2 didalam “ingredients” Pastikan mengandungi fluoride utk menguatkan gigi dan menghalang bacteria (bagi dewasa) Gigi sensitif dan gusi berdarah juga ada jenis tertentu.boleh pilih ikut kesesuaian

Jadi kesimpulannya janganlah buang ubat gigi dirumah semata mata kerana penipuan ini. Jadilah pengguna yang bijak.lagipun membazir itu amalan syaiton.

FLOURIDA DALAM AIR ; JANGAN MUDAH PANIK!

Tak sangka. Inilah maksud sebenar simbol petak berwarna disetiap ubat gigi.

Baru-baru ini satu mitos yang sering belegar dalam dunia pergigian menjadi perhatian semula.Adakah fluorida dalam minuman dan ubat gigi bahaya kepada kehidupan harian?Pentingkah fluorida dalam bidang pergigian? Ini bukan isu baru,ianya sering dipatahkan oleh fakta-fakta yang di dukung oleh kajian-kajan terkini..

1. Terbaru, National Health and Medical Research Council (NHMRC) telah mengeluarkan satu keputusan mengenai perbalahan ini. Satu analisa dari kajian telah dikumpulkan selama 60 tahun,dan 3000 kajian seluruh dunia – merupakan salah satu kompilasi kajian terbesar hingga ke masa kini.

Keputusan dari kajian tersebut mengatakan fluorida dalam minuman TIDAK menyebabkan cancer atau merendahkan IQ. Kajian ini menyangkal byk kajian2 yang berat sebelah dan menggunakan metadologi yang lemah dah salah semata-mata ingin membuktikan fluorida berbahaya.

2. Bagaimanakah flourida dapat menyelamatkan gigi?

Fluorida menukarkan hydroxyapatite pada permukaan gigi kepada fluorhydoxyapatite (remineralization) menyebabkan gigi lebih kuat dan tidak mudah dihakis (demineralization) seterusnya mengurangkan insiden karies gigi atau gigi berlubang.

Fluorida juga dapat mengurangkan metabolik aktiviti pada bakteria yang menyebabkan karies gigi dan juga seterusnya menyebabkan kurangnya karies gigi.

3. Air yang ditambah sedikit fluorida (0.5 ppm )seperti di malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dibuktikan berkali-kali berkesan dan efektif dalam mengurangkan insiden karies gigi pada masyarakat.Malahan ia dapat mengurangkan insiden karies gigi sebanyak 25% hingga 44%!

Ubat gigi berfluorida pula dapat mengurangkan karies gigi sebanyak 50%.Bayangkan penjimatan dan kesakitan yang dapat dicegah pada kanak-kanak dan juga orang dewasa, dengan hanya meminum air di malaysia dan menggunakan ubat gigi berfluorida.

4. Analogi yang digunakan oleh U.S department of Health and Human Service pada kandungan fluorida yang mereka gunakan (0.7 milligram per litre air) adalah jika 1 liter air di bentangkan sepanjang 37 kilometer, fluoride yang ditambah hanyalah sepanjang 2.5cm! Jadi dimanakah fobia terhadap ‘keracunan’ flourida ini muncul? Ianya tidak berasas!

5. Penunggang agama menggunakan hujah penambahan flourida adalah agenda yahudi.Tapi kajian yang dibuat pada miswak atau kayu sugi menunjuknya yang ia juga mengandungi flourida.Yang lebih menarik, apabila miswak direndam dalam air,ia mengeluarkan fluorida dan calcium terlarut pada jumlah yang signifikan dalam melawan karies.

Kalau itu pun tidak cukup, satu kajian oleh King Saud Universiti menunjukkan terdapat kandungan fluorida sebnyak 0.72 mg per liter air zam-zam. Berbahayakan air Zam-Zam?

6. Benar terdapat kes-kes fluorosis pada gigi jika TERLEBIH kandungan fluorida semasa pembentukan gigi dalam rahang.Kerana itulah penting mendapatkan nasihat doktor gigi dan menggunakan ubat gigi berflurida (yang lebih rendah kandungannya dari ubat gigi dewasa) hanya apabila kanak-kanak telah tahu untuk meludah.

Juga penting untuk memantau apabila kanak-kanak memberus bagi mengelakkan mereka makan ubat gigi berfluorida dan berperisa.Pada orang dewasa yang telah tumbuh semua gigi pula,fluorosis tidak akan berlaku.

7. Keracunan flourida memang wujud seperti mana juga keracunan bahan-bahan lain tapi hanya jika diambil berlebihan,dimana TIDAK MUNGKIN dengan hanya meminum air berfluorida yang telah di kawal selia atau memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida.Ingat,oksigen yang secara berlebihan juga boleh membawa maut!

8. Ada yang menyebarkan nasihat untuk minum, masak dan berkumur hanya menggunakan air yang ditapis penapis air jenama tertentu, ada juga yang menyarankan menggunakan jenama ubat gigi yang spesifik, selepas mereka kongsi atau menulis tentang bahaya fluoride.Yang paling menyedihkan ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkongsi artikel-artikel tentang bahaya fluorida yang membuat masyarakat panik.

Nasihat saya, hentikanlah menyebarkan ilmu yang salah ini. Hentikanlah membantutkan usaha murni KKM dalam memberi manfaat pada rakyat Malaysia dengan pemfluoridaan air. Hentikanlah menjadi pemankin kepada lebih ramai orang mendapat karies gigi dengan nasihat-nasihat palsu anda!

Sayangilah gigi anda,jumpa doktor gigi dengan berkala untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat-nasihat untuk penjagaan oral yang lebih baik.

Kearah masyarakat yang lebih peka kesihatan oral,

Dr Ibrahim Shahruddin – Medtweetmy