Sujud Syukur Hafizh Syahrin buat Rakyat Malaysia Terharu

Mengujakan dan membanggakan! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan persembahan yang dipamerkan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang berjaya mengejutkan para penonton di Litar Sepang dalam saingan perlumbaan motosikal terulung dunia itu pada Ahad.

Pelumba berusia 24 tahun dari Selangor yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 itu melakukan sesuatu yang boleh disifatkan sebagai mustahil dan menakjubkan apabila menamatkan perlumbaan kali pertama beliau di halaman sendiri sebagai pelumba kelas premier MotoGP Malaysia di kedudukan ke 10 dengan catatan masa keseluruhan 26 minit 919 saat.

VIDEO 1:

Walaupun memulakan perlumbaan kali ini di kedudukan paling akhir di petak permulaan, semangat tidak mudah menyerah kalah dan Malaysia Boleh menyaksikan beliau berjaya memotong sebahagian besar pelumba seawal pusingan pertama perlumbaan.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan Hafizh berjaya memperolehi 6 mata dan menjadikan mata keseluruhan yang diraih untuk musim 2018 sebanyak 40 mata.

Walaubagaimanapun, hasrat Hafizh untuk mendekatkan jarak dengan pencabar utama beliau bagi kejuaraan Rookie of The Year, Franco Morbidelli tidak kesampaian apabila pelumba tersebut berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 12 dan mengumpul empat mata untuk perlumbaan kali ini.

Dengan hanya berbaki satu perlumbaan sahaja untuk musim ini, kedua-dua pelumba tersebut dipisahkan dengan jarak 10 mata di mana Morbidelli unggul di kedudukan ke 14 keseluruhan manakala Hafizh di kedudukan ke 16.

Dalam perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca panas terik di Litar Sepang pada Ahad, Marc Marquez berjaya meraih satu lagi kemenangan musim ini selepas pendahulu perlumbaan, Valentino Rossi terjatuh di selekoh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

VIDEO 2:

Turut menyertai Marquez di podium untuk perlumbaan kali ini adalah Alex Rins dari Team SUZUKI ECSTAR dan rakan sepasukan Hafizh di Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco.

VIDEO 3:

Manakala dalam perlumbaan Moto2 yang berlangsung terlebih dahulu sebelum itu menyaksikan pelumba tunggal negara dalam kategori tersebut, Khairul Idham berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke walaupun bermula di petak ke 25.

Pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘SuperKIP’ di kalangan peminat beliau berjaya memberikan saingan hebat sepanjang perlumbaan 18 pusingan dengan catatan masa 28 minit 802 saat. #

VIDEO 4: Sujud Syukur

Ramai Netizen mengalirkan airmata apabila beliau tunduk sujud dilitar sepang yang mana kerjayanya bermula dimotoGP. Selain itu netizen turut mengalirkan airmata apabila hafizh tunduk sujud dikaki ayahnya yang telah bersama sama berjuang diawal karier beliau. Semoga maju maju tahun depan bersama KTM Tech3 dengan harapan jentera lebih baik sekaligus menjadi pencabar antara pelumba. Sama sama kita doakan beliau berjaya menharumkan nama malaysia di persada dunia. ayuh rakyat malaysia sama sama kita kongsikan artikel ini sebagai tanda sokongan kepada Hafizh syahrin el pescao