Ibu Tak Perlu Jahit Atau Guna Gam, Cara Tampal Lencana Sekolah Yang Ini Lagi Mudah

Musim cuti ni ramai kaum ibu sibuk membuat persiapan pakaian sekolah anak. Salah satu yang agak remeh dan menjadi keluhan para ibu adalah kerja menampal lencana pada baju sekolah anak.

Sebab itu muncul satu persatu cara untuk mudahkan kerja menampal lencana ini selain menjahit yang kita tahu akan memakan masa yang lama.

Menurut Vanilakismis, Salah satu cara yang popular adalah dengan menggunakan gam UHU. Letak gam belakang lencana alas dengan kain kemudian gosok. Cara ini memang mudah walau pun kena awasi penggunaan gam yang melekit.

Tapi rupanya ada lagi cara lain yang lebih mudah untuk tampal lencana tanpa menjahit.

Tak melekit 5 minit dah siap!

Cara ini dikongsi oleh Norhasnita Mohd Anuar. Beliau menggunakan double sided adhesive cloth untuk menampal lencana. Yang penting cara ini tak melekit, 5 minit dah siap.

Para ibu boleh cuba cara yang dikongsi Puan Norhasnita ini ya. mudah je kan

1. Guna double sided adhesive cloth

Tahun ni Akak try guna double-sided adhesive cloth ni pulak. Nampaknya cara ni yang paling mudah dan cepat.

2. Potong adhesive cloth ikut saiz lencana

3. Dah potong, lekat kemudian gosok dengan seterika

Cari kat sini..senang je

Mana nak cari? Korang pegi daiso yang berdekatan. Pastu cari kat bahagian craft.

memang berkesan dan terbaik.. Selamat mencuba dan silakan share tau..

Sumber: Norhasnita Mohd Anuar