Nak Tanya Harga Je, Tak Pasal Customer Ni Kena ‘Sekolah’ Dengan Peniaga Online

Masalah paling common yang kita selalu kena hadap dengan online seller ni selalu bab-bab PM harga kan? Biarpun KPDNKK dah berkuatkuasa pasal “PM untuk harga” ni salah,  masih ada yang buat.

Tapi lain pula masalah ini, niat nak jadi pelanggan untuk beli barang, tapi tak tentu pasal kena tarbiah pasal adab berkenalan pula.

Tanya harga jawab jela harga.

“Inb4 kalau kau g kedai, tanya promoter harga barang, adakah promoter akan kenalkan diri dia? Tidak bukan?”

Menurut perbualan yang dikongsikan oleh Piah diatas, pelanggan ni nak beli buah nangka, mungkin ternampak iklan suruh Whats App kalau nak tahu harga barang.

Dia pun buat lah, tapi bila ditanya, lain pula nak jawab respon, siap ajak berkenalan lagi. Kalau baca conversation ni, mungkin sebab tak jawab salam kot, sampai online seller ni emo.

Online Seller siap pos dekat FB pasal perkara ni.

<

Pening aku kalau semua online seller macam ni

Rata-rata netizen menyokong dengan tindakan pendapat wanita ini, cukup sekadar urusan jual beli dan tak payah nak tahu pasal hal detail orang.

Bagitahu harga, kan senang – Netizen

Namun begitu, ramai yang beranggapan bahawa itu adalah teknik peniaga untuk rapatkan hubungan dengan pelanggan, tapi cara dia ni macam dah over sangat.

Tak semua pelanggan suka melayan karenah peniaga, ada segelintir yang mahu berurusan dengan mudah. Mungkin niat peniaga ini lakukan begitu sebagai sebahagian daripada PR Strategy tapi macam tak berapa berkesan sebab hilang profesionalism sampai sebarkan di FB

Tak dinafikan adab perkenalan itu ada, cuma sebagai perniaga usahlah perbesarkannya sebab customer always right bukan?