Jururawat tolong nenek tua urutkan perut. Tapi dia pindahkan saka sebelum meningggal

Pernah dengarkan ’saka’ orang lama-lama yang mencari pewaris. Selagi belum bertemu, pemilik asal takkan dapat menghembuskan nafas terakhir dengan tenang. Macam-macam cara dilakukan untuk turunkan ’saka’ pada pewarisnya.

Ada yang beri melalui pemberian kain baju, ada juga yang dalam bentuk bersalaman. Waris takkan sedar, yang dirinya telah diwariskan sesuatu oleh pemilik tadi. Kisah mistik tapi nyata ini dialami oleh seorang jururawat yang berubat dengan Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Banjari.

Jururawat Alami Macam-macam Sakit Selepas Bersalam Dengan Nenek

Semenjak akhir-akhir ini ramai staff Nurse dan kakitangan hospital datang terima rawatan. Ada yang percaya ada juga yang tidak percaya. Cerita saya nak kongsi ni berlaku pada seorang Nurse yang berkerja di Hospital GH.

Beliau mengalami sakit seluruh badan, malam sukar tidur, kepala kerap sakit, kerap demam, cepat nak marah, kerap sakit belakang tengkuk belikat berat.

Bila malam badan rasa panas bahang sampai la subuh susah tidur gelisah. Bila siang kepala kerap sakit badan jadi sejuk menggeletar. Bila terlelap kerap bermimpi budak kecil, bermain dengan budak, menyusukan budak, orang bagi budak, jatuh tempat tinggi, mimpi dikejar orang, mimpi tempat kotor najis, mimpi dikejar binatang berbisa seperti ular, kala jengking, mimpi pasangan curang, mimpi pasangan kahwin lain, mimpi di r@g&l. Itulah yang berlaku pada staff nurse tesebut.

Sebelum beliau sakit beliau ada mengurut perut seorang nenek tua. Nenek ini kerap keluar masuk hospital ditahan di wad. Bila malam nenek ini tak boleh tidur mula cakap merapu yang bukan-bukan.

“Kebetulan malam tu waktu saya bekerja. Semasa saya lalu depan katil nenek tu. Nenek tu panggil saya.”

Dialog Dengan Nenek Tua

NENEK : NAK MARI NAK DUDUK SEBELAH NENEK NAK. TOLONG TENGOK PERUT NENEK. NENEK SAKIT PERUT NAK.

NURSE : NANTI SAYA BAGI UBAT TAHAN SAKIT YA!

NENEK : TAK PAYAH NAK. KAMU ADA MINYAK URUT TAK? TOLONG URUT PERUT NENEK KEJAP JADI LA. NENEK SAKIT NAK.

Di sebabkan kasihan nurse ini pun cari minyak urut dan datang kembali pada nenek tersebut. Bila pesakit minta tolong memang tugas seorang nurse membantu mana yang mereka mampu buat.

Tanpa buang masa nurse ini pun urut perut nenek tua tadi. Nak dijadikan cerita, tengah urut tu tiba-tiba nenek tua pegang tangan nurse dengan kuat, sehingga terhenti urutan di perut nenek tu.

Tiba-tiba nenek tadi bersuara, “Nak selamatkan nek nak. Nak ambil ya Nak barang ini.”

Nurse kebingungan lalu bertanya, “Barang apa nek?“

Dengan nada yang sedih nenek tu merayu, “Ambil je la Nak. Selamatkan nek kesian nek Nak.”

Tanpa fikir apa Nurse itu pun kata “Ya la Nek saya ambil barang Nek.”

Tiba-tiba tangan yang nenek pegang tu terasa sesuatu yang amat sejuk masuk melalui tangan nurse tersebut. Bila terasa benda sejuk tu nurse tersebut tarik tangan.

Mimpi Susukan Bayi

Selepas esok harinya, sebaik balik rumah beliau tidur mimpi Nek tersebut datang bawa bayi comel sangat. Dalam mimpi itu Nek tersebut bagi pada nurse suruh menyusukan bayi yang dikendong.

Dalam mimpi, nurse tersebut pun ambil lalu menyusukan bayi tersebut. Sehinggalah dia tersedar dari tidur dan terasa seolah memberi susu betul-betul pada bayi tersebut walaupun dalam mimpi.

Bangun dari tidur habis seluruh sendi badan sakit, sakit kepala, sakit belikat belakang, tengkuk berat. Pergi jumpa doktor tekanan darah semua normal ok tiada masalah. Niat hati nak jumpa nenek tu semula, malangnya tak sempat jumpa. Sebab nenek itu sudah disahkan meningg@l dunia pagi selepas nurse tersebut habis kerja.

Sejak dari itu, sakit Nurse tersebut macam-macam masalah, kitaran haid jadi tak menentu, jadi berpanjangan, kerap sakit belakang kepala, susah tidur malam. Kerja jadi kerap MC sebab selalu demam.

Di atas nasihat kawan-kawan suruh pergi dapatkan rawatan islam. Beliau datang berjumpa dengan saya.

Kali pertama saya berjumpa beliau saya melihat beliau. Ya Allah kurus cengkung, mata lebam nampak sangat orang yang menahan sakit.

Tanpa buang masa saya Ruqyah beliau. Semasa dI Ruqyah beliau tidak sedarkan diri. Bila di tanya dari mana kamu?

Dia menjawab dengan suara yang nyaring dan kuat. “Aku dari Nenek Tua yang dia urut tempoh hari. Dia setuju jaga aku, ambil aku dari nenek tua tersebut sebab itulah aku masuk dalam badan dia hahahahaha.” (ketawa mengilai)

Gangguan Saka Keturunan Dari Nenek Yang Dia Urut

Tanpa berlengah saya sambung ruqyah. Alhamdulillah atas izin Allah dapat saya keluarkan Jin tersebut dari tubuh nurse tadi. Selepas itu rawatan, Nurse muntah sehingga keluar darah.

Rupanya nurse tersebut terkena gangguan saka keturunan dari Nenek yang beliau urut tempoh hari. Nenek itu mencari waris untuk melepaskan sakanya. Pesan saya pada staff nurse jika ada yang minta tolong urut perut, urut tangan dan sebagainya urut macam biasa.

Sebelum urut :

Baca Surah al ikhlas 3x

Niat -> Ya Allah kau sembuhkanlah insan yang aku urut ini dan kau lindungilah aku dari sebarang gangguan makhluk halus. In shaa Allah orang yang kamu urut jika izin Allah dia akan sembuh dan jika ada gangguan makhluk halus dalam tubuhnya tidak akan memasuki dalam tubuh kita.

Buat dengan yakin ikhlas pasti Allah melindungi kita. Jika ada yang bercerita nak bagi barang ke, apa-apa la jangan di layan senyum bantu seperti biasa. Jadi macam nurse di atas di sebabkan nak jaga hati pesakit tak pasal-pasal beliau pula yang terkena.

Apa pun kerja Nurse bagi saya amat mulia. Banyak membantu insan yang memerlukan. Banyak lagi kisah di hospital. Cukup la kisah ini dulu dapat saya ceritakan in shaa Allah.

Jika ada nurse yang pengalaman nak kongsi cerita boleh kongsikan komen di bawah. Ia hanya sebagai pengetahuan untuk semua sahaja. Moga kita semua terhindar dari sebarang gangguan makhluk halus Aamiin Ya Allah

27 Tanda Gangguan Sihir, Saka, Santau

Di bawah saya senaraikan Tanda-Tanda Gangguan Sihir, #SihirPemisah #Saka #Santau

Tanda-tanda tersebut adalah:

1) Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit

2) Kerap sesak nafas sakit dada ulu hati

3) kerap rasa resah gelisah berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas

4) Kerap sakit kepala, makan ubat tetap sakit

5) Kerap kembung perut sedawa angin

6) Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari, (wanita)

7) Kitaran haid tak normal

8) Lambat mendapat zuriat

9) Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami@isteri

10) Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil

11) Ketika marah kerap meminta cerai

12) Tidak suka tidur bersama

13) Nafsu tiada terhadap suami@Isteri

14) Tercium bau badan busuk hahyir, nafas berbau pada tubuh suami@isteri

15) Suka bersendiri di dalam bilik

16) Tidak suka tempat-tempat yang bising

17) Sukar tidur malam

18) Kerap mimpi baby, menyusu dan bermain baby

19) Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa

20) Kerap mimpi pasangan kita curang

21) Perasaan curiga cemburu buta yang kuat

22) Kerap bermimpi tempat kotor busuk

23) Kerap terbau kemenyan, colok setangg

24) Bila berjauhan dengan pasangan perasan rindu sayang amat-amat menebal

25) Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan di kenali

26) Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran

27) Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain

Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir dan gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda. Jangan sampai terlambat boleh mengakibatkan kemusnahan rumahtangga anda.

Moga di jauhkan perkara di atas berlaku pada kita dan famili kita. Aamiin