(Video) ‘Ada vakum ke kat bawah dia?’ – Pasangan kantoi mencuri, sorok barangan elektrik celah kangkang

Viral di media sosial, pasangan yang dipercayai suami isteri bersubahat mencuri sekotak barangan elektrik dari sebuah kedai yang tidak dinyatakan lokasi.

Video yang dimuat naik lima bulan lalu itu telah ditonton lebih 2.8 juta kali dan 7,704 perkongsian semula sejak dimuat naik lima bulan lalu.

Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, pasangan terbabit dilihat berpura-pura berbincang sambil si suami memegang satu kotak barangan elektrik sebelum diletakkan di tepi mesin basuh semi automatik yang agak tersembunyi kedudukannya.

Lelaki itu kemudian berpura-pura menghubungi seeorang melalui telefon bimbitnya dan dalam masa yang sama wanita itu beralih ke belakang untuk menyelak kainnya lalu memasukkan kotak itu ke celah kangkang.

Suspek kemudian terus keluar dari premis itu dalam keadaan terkangkang-kangkang.

Kes seperti ini bukan kali pertama berlaku, sebaliknya sudah banyak kali dan barangan yang kerap dicuri adalah susu formula kanak-kanak di pasar raya.

Perbuatan suspek ini bukan sahaja salah, malah mencemarkan imej wanita muslimah. Namun, ada yang berpendapat berkemungkinan pasangan itu adalah warga asing dan hanya berpakaian seperti itu bagi menjayakan perbuatan mereka.