Mengejutkan Johan As’ari Dedah Rahsia, Siapa Fattah Amin Sebenarnya Yang Hinggakan Isteri Sendiri Tidak Tahu

Baru Abang Mat Bawang Tahu, Macam Ni Sebenarnya Perangai Fattah Amin.

Pelakon Johan Ariff baru-baru ini kerkongsi satu rahsia melalui Insta Story beliau memaklumkan bahawa malam berkenaan merupakan sesi pengambaran pelakon Fattah Amin dalam filem Mat Kilau.

Menariknya sewaktu Johan di dalam rakaman video berkenaan, tersalah menyebut nama Fattah Amin kepada Fattah Alim, dan akhirnya mendedahkan rahsia Fattah yang tidak pernah didedahkan oleh sesiapa pun, malah isterinya sendiri, Fazura.

“Eh, Fattah Alim pulak! Dia memang alim, Fattah Amin dia baca surah al Mulk lagi sedap dari Johan.

Semalam ke dua hari lepas Fattah Amin pandai mengaji al Quran tahu,”ujar Johan dalam video berkenaan.

Netizen kebanyakannya terlalu teruja mendengarkan ‘rahsia’ berkenaan, malah ada juga yang memuji Fattah dan Johan yang selalu berbicara akan perkara yang baik-baik.

Untuk pengetahuan korang, Fattah Amin dan Johan As’ari adalah partner lakonan di dalam filem terbaru, Mat Kilau. Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusoff dan turut menampilkan barisan pelakon lain yang hebat seperti Adi Putra (Mat Kilau), Namron, Nadiya Nisa dan Datuk Rahim Razali.

Filem ini menelan belanja RM5 juta dan telah memulakan penggambaran semenjak 1 April di sekitar Perak, Pahang dan Kuala Lumpur. Filem ini diterbitkan oleh Studio Kembara dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd. Sumber: Instagram Fazura VIa Encik Papa

Biodata Fattah Amin

Abdul Fattah bin Mohd.Amin atau lebih dikenali dengan nama Fattah Amin adalah salah satu nama yang sering meniti di bibir peminat drama Malaysia. Beliau lahir pada 14 September 1990. Anak jati Setiawangsa, Kuala Lumpur ini merupakan mahasiswa jurusan seni di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau memulakan karier seninya dengan menyertai pertandingan pencarian bakat Hero Remaja yang kerap mencungkil anak-anak seni terkenal sebelum itu seperti Esma Daniel, Zed Zaidi, Kamal Adli dan Fizo Omar. Untuk pertandingan Hero Remaja yang disertai oleh beliau, beliau terpaksa berentap dengan beberapa nama lain yang kini telahpun berjaya mencipta nama sebagai anak seni seperti Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan dan Syafiq Kyle.

Nasib menyebelahi Fattah kerana terpilih sebagai pemenang dan beliau dinobatkan sebagai Hero Remaja bagi tahun 2012. Dengan kemenangan itu, Fattah membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000 serta sebuah motorsikal Naza 650Z. Menyifatkan kemenangannya sebagai satu peluang untuk beliau melangkah lebih jauh sebagai peragawan dan juga peluang untuk beliau melangkah ke bidang seni, Fattah langsung tidak lagi menoleh ke belakang selepas itu.

Menjadikan Leonardo DiCaprio sebagai idola, Fattah mula menempah nama sebagai pelakon kegemaran ramai apabila memegang watak utama dalam siri drama popular “Suri Hati Mr.Pilot” yang membuatkan ramai gadis (dan kakak serta makcik) jatuh cinta pada beliau. Diwaktu lapang, beliau akan menonton filem lakonan DiCaprio untuk dijadikan rujukan bagaimana hendak menjiwai sesuatu watak yang berbeza.

Apabila diajukan soalan apa yang beliau akan lakukan jika beliau tidak mengambil keputusan menjadi seorang pelakon, Fattah menjawab yang besar kemungkinan beliau akan menjadi seorang ahli perniagaan. Mendakwa dirinya pemalu dan pendiam pada awal penampilan beliau, beliau akui agak sukar untuk beliau bertukar menjadi seorang yang sentiasa diperhatikan gerak-gerinya.

Fattah juga mengakui yang sebelum bergelar artis, beliau sudahpun mempunyai seorang teman wanita semenjak di bangku sekolah lagi dan pernah keluar berjumpa dengan gadis tersebut ketika zaman beliau hendak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia lagi. Tetapi Fattah mengakui yang semua itu cinta monyet zaman remaja.

Setelah bergelar pelakon, Fattah kini memang bernasib baik dapat mengubah hidupnya. Beliau kini boleh berbangga memiliki sebuah pusat latihan kesihatan di Kuala Lumpur yang membuktikan anak Melayu juga boleh berniaga.

Walaupun begitu, pada Februari 2017 selepas pelancaran buku himpunan kata-katanya yang diberi judul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin, beliau mendapat pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat berkenaan dengan kandungan buku beliau yang agak terlalu ringan isinya. Dikritik kerana dikatakan tidak layak serta dipandang rendah kredibiliti beliau sebagai penulis tidak menjejaskan jualan buku tersebut sehingga cetakan pertama buku tersebut sebanyak 5000 naskah habis dijual dalam masa 10 hari.

Pada 3 Mei 2017, Fattah Amin menjadi artis pertama menerima anugerah dalam Anugerah Buku Negara apabila 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin dinobatkan sebagai buku paling popular tahun ini. Seperti biasa ramai yang mempertikaikan kemenangan beliau.

Kenapa kisah ini ditulis?

Jika kita imbas balik apa yang telah dilalui oleh Fattah dari 2012 sehinggalah sekarang, jelas perjalanan kariernya agak lancar dan namanya semakin meingkat naik. Kita juga boleh nampak Fattah cuba memperkembangkan bakat beliau, bukan hanya sekadar bergantung dengan lakonan semata tetapi berani mencuba mengeluarkan lagu sendiri yang bolehlah dikatakan oleh penulis, biasa saja.

Tetapi untuk menafikan apa yang telah beliau capai bukan satu kejayaan yang boleh dibanggakan, menunjukkan kita tidak berlaku adil dalam menilai dia. Pasti ramai yang memandang kejayaan yang didorong hasil kemenangan dalam satu pertandingan “lelaki cantik” bukanlah kemenangan yang tulen. Walaupun demikian, daripada seorang anak muda yang nampak benar perubahannya selepas serius dalam kariernya, pujian harus diberikan kepada Fattah kerana berani mencuba.

Sama ada dia berjaya dengan cemerlang atau dalam isu Fattah, berjaya dalam kritikan yang panjang, Fattah Amin berjaya menunjukkan kepada anak muda semua yang jika minda diletakkan di tempat yang betul serta berkat sokongan keluarga dan kerja keras, impian boleh jadi kenyataan. Yang penting, anak-anak muda mesti berani mencuba.