“Alahai Bapak Sapa Tu, Comel…” – Netizen Geli Hati Tengok Telatah Pakcik Ni Excited Dapat Masuk TV

Siapa yang tak excited kalau muka dorang masuk TV kan? Gelagat korang akan ditonton jutaan penonton kat luar sana dan kalau bernasib baik, jadi famousmacam pakcik seorang ni.

Menerusi perkongsian video viral di Twitter, seorang pakcik kelihatan excited dan beraksi dengan gaya comel di belakang tabir apabila wartawan dari Wanita Hari Ini (WHI) sedang menemuramah seorang pengunjung. 

Tengok video pakcik ni kat bawah. Geli hati admin tengok gayanya siap buat lovelagi.

“Pakcik ni win, comel giler. Mesti balik rumah nanti dia tanya ada nampak ayah masuk TV tak?” 

Rata-rata netizen termasuklah admin yang tengok video terus jatuh hati dengan pakcik tersebut. Mana taknya, dia nampak happy sangat dan comel je bila senyum sebab excited gila dapat masuk dalam TV.

Lagi best, Fahrin Ahmad dan pengacara dalam WHI tu pun tergelak sebab terhibur sangat tengok gaya pakcik tu. Fuyyo! 

“Pakcik ni baik orangnya. Rupanya dia…” 

Menurut info salah seorang netizen, pakcik ni rupanya bukan calang-calang orang. Di sebalik gaya pelik dan comelnya tadi, dia juga merupakan owner bagi restoran Wood and Steel, Kota Damansara. Wuish… tak sangka pulak kan!