Ini Baru Friendship Goals, Ane Pilih 9 Sahabat Melayu Jadi Pengapit Hari Bahagia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama denganMelayu, India dan Cina sebagai bangsa majoriti di negara ini.

Keunikan itu yang menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dan menjadi pilihan pelancong untuk dilawati kerana kepelbagaian budayanya.

Baru-baru ini viral di twitter mengenai seorang lelaki berbangsa india yang memilih sembilan sahabat baiknya yang berbangsa Melayu untuk menjadi pengapit pada majlis perkahwinannya..wow!

R.Shatheswaran yang merupakan seorang bakal doktor ketika dihubungi mStarberkata dia mahu kesemua sembilan sahabat baiknya itu menjadi sebahagian daripada memori pada hari paling bersejarah dalam hidupnya..so shweettt~

Menurut lelaki berusia 31 tahun itu, dia berasa terharu dengan kesanggupan sembilan rakannya untuk bersama-sama menjadi sebagian daripada orang kuat pada majlis perkahwinanya.

Setiap orang ada peranan masing-masing masa wedding..

Malah setiap daripada mereka mempunyai tugas masing-masing pada hari bersejarahnya dengan menjadi floor managerdeejaymelayan dan menaribersama tetamu.

Lelaki itu yang mesra dipanggil Stathes berkata dia turut menghabiskan sekitar RM1,500 untuk membeli satu set persalinan tradisional untuk pengapit lelakiyang dipanggil ‘jippa’ (baju) yang berwarna biru dan merah serta ‘vheti’ (kain sarung).

Shathes dan isterinya, Dr R. Arunna Neelini, 33, mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu di Taman Sri Kluang, Johor.

Hubungan ibarat adik-beradik…

Stathes berkata dia mengenali sembilan sahabat baiknya itu sewaktu melanjutkan pengajian dia Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, malah hubungan mereka sangat rapat ibarat adik-beradik.

“Kami memang tidak boleh berpisah dan mereka lah sahabat saya yang paling rapat.”

“Jarak umur kami sekitar lima tahun kerana saya masuk universiti lewat berbanding mereka. Saya juga ibarat abang paling tua dan mereka semua panggil saya ‘Ane’ (abang dalam bahasa Tamil).”

Katanya kesemua mereka kini sedang menunggu panggilan penempatan di hospital bagi menjalani ‘housemanship’ sebagai pegawai perubatan.

Stathes berkata meskipun jarak umur dia dengan kawan-kawannya itu agak jauh, namun persefahaman dan keserasian antara mereka ibarat isi dengan kuku..wahh bakal doktor ni siap berperibahasa lagi.

Sementara itu, rata-rata netizen yang melihat gambar perkahwinan Stathes bersama ‘pengapit’ lelakinya menganggap ianya sesuatu yang ‘rare’ dan comel.

Yelah memang jarang kita lihat situasi macam ni kan?

Comel je semua

Well this made me smile..

Respect no rasis…

Fuhh! Memang admin respect habis lah kat dorang ni, macam ni la baru seronok nak kahwin..ehhh