Kajol dicurangi, ni pendedahan ke’miangan Ajay Devgan dari zaman bujang

Siapa je tak kenal pelakon hebat Bollywood, Kajol kan? Pada yang suka tengok filem hindustan mesti tahu yang suami Kajol, Ajay Devgan tu tak suka dengan keakraban dan keintiman isteri dia dan SRK dalam filem.

Baru-baru ni sorang pengguna Twitter ada ‘spill the tea’ kisah kecurangan suami si Kajol, Ajay Devgan.

“Kalau you guys rasa berkahwin dengan lelaki pendiam sebab nampak misteri hahaha get readylah dengan segala isi dia sebab ramai yang syok dengan Ajay pun sebab dia pendiam tapi dia punya perangai bisa jugak nak hadam.”

Rupa-rupanya Ajay ni memang sejenis playboy dari zaman bujang lagi. Hampir setiap co-star dia akan ngorat dan dorang pun jatuh cinta juga dengan si Ajay.

Raveena Tandon

Dorang berdua rapat sebab Raveena tu best friend kakak Ajay jadinya selalulah datang rumah. Bila dah putus, katanya Raveena sampai nak bunuh diri sebab Ajay tinggalkan dia. Dahsyatnya cinta si Ajay…

Karisma Kapoor

Ajay dikatakan putus hubungan dengan Raveena sebab dia jatuh cinta pulak dengan Karisma Kapoor lepas berlakon sama-sama dalam filem Suhaag masa tahun 1994. Nak tahu kenapa Karisma boleh jatuh hati dengan Ajay? Sebab dia kata karakter Ajay yang pendiam tu nampak cool dan mystery~

Kahwin dengan Kajol

Masa kenal dengan Ajay, Kajol sebenarnya ada boyfriend nama Kartik Mehta. Tapi katanya Kajol termakan kata-kata nasihat dan pujukan Ajay untuk kahwin dengan dia.

Walaupun pengarah terkenal, Karan Johar dah nasihat Kajol supaya tak kahwin dengan Ajay, tapi dia degil. Katanya, sampai sekarang pun Karan memang tak suka dengan Ajay sebab perangai dia tu.

Kangana Ranaut

Tahun 2010, Ajay ada affair dengan Kangana ni sebab shooting sekali filem Once Upon A Time in Mumbai. Also, Kangana ni tak famous tapi disebabkan hubungan dengan Ajay nama dia mula melonjak naik.

Dah la berlakon sama, pergi balik kerja pun Ajay yang hantar dia. Dekat set dorang akan lunch sama-sama dan keluar waktu off day shooting.

Wow, dah dua orang nak bunuh diri sebab kena tinggal dengan Ajay. Hebatnya panahan cinta abang Ajay!

Kajol nak lari rumah!

Disebabkan affair Ajay-Kangana ni, Kajol dah get ready nak lari rumah dengan anak-anak sekali. Tapi, Kajol cancel niat tu bila Ajay pilih dia dengan anak-anak. Tapi kecurangan Ajay tak berakhir dekat situ je gaisssss….

Tengah hangat bercinta dengan Ileana D’Cruz

Dorang berdua berlakon di set Baadshaho tahun lepas. Bukan tu je, filem tu ada 10 minit intimate scene antara dorang berdua tapi kena censored.

Katanya fans Kajol tahu je Ajay curang, siap ada yang sampai hantar gambar Ajay-Ileana dating tapi Kajol tetap juga stay dengan Ajay.

Kajol tengah depressed?

PR suka sebar news

PR team Ajay katanya suka sebarkan news yang dia ada affair dengan co-star so that Ajay ni nampak ‘hot’. Hot ke?

Antara co-star yang terlibat:

* Rakut Preet

* Shriya Saran

* Ericka

Ni kes Ericka, katanya scene bercium dalam filem Shivay sepatutnya tak ada sebab Kajol tak suka. Tapi, Ajay proceed juga.

Sebab tu orang kata, yang kita nampak depan kamera depan tv tu semua tak semestinya betul bahagia.