6 idea bisnes modal rendah dengan pulangan bersih sehingga RM10,000 sebulan

Memulakan perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang begitu susah sehingga anda tidak akan mampu lakukannya.

Ada budak belasan tahun yang memulakan perniagaan, ada ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan dan ada pesara kerajaan yang menjadi jutawan dalam perniagaan.

Rasulullah juga merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama.

Jika dilihat pada semua senario ini, tidak mustahil juga anda juga akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ini adalah antara 6 idea bisnes untuk anda mulakan perniagaan anda. Jangan khuatir! Ianya adalah perniagaan yang berasaskan modal yang rendah.

Mungkin ada diantara anda yang tidak modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan berskala besar.

Jadi, mengapa anda tidak mulakan dengan perniagaan secara kecil-kecilan? Walaupun hanya dengan modal yang rendah, anda boleh mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

1. Berniaga buah potong menggunakan motorsikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai.

Keuntungan biasanya 50%-60% daripada modal.

Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang).

Paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500

2. Khidmat potong rumput

Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman.

Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit.

Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.

3. Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran.

Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialahRM360 × 30 hari = RM10,800.

4. Jual air RM1 secawan depan sekolah masa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg.

Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.

Rata-rata penjual air bagitau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080

5. Berniaga apam balik

Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%.

4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240

6. Jadi agen jualan produk

Jadi agen jualan produk, pilih yang laku keras bulan tu (kerana kebanyakan produk bermusim). Cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item. Jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – Power Editor).

Sehari letak kos iklan RM80. Push sale sekurang-kurangnya 11 item close deal. Setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550. Tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110. Bersih RM360 × 30 hari = RM10,800

Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tetapi pulangan lumayan tapi cukuplah 6 jenis ini dahulu.

Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda. Anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

Betapa terbukti kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah yang juga seorang usahawan unggul ketika berumur 25 tahun.

Ingin tahu cara Rasulullah berniaga, teruskanlah membaca.

1. Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

2. Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.

Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain.

Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi sangat memerlukan barang itu.

Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia.

3. Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu.

Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.

Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah.

Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

4. Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.

“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah.

Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”