Menteri Cadang Cuti Sekolah Berbeza Mengikut Negeri

Umum mengetahui apabila musim cuti sekolah tiba, destinasi pelancongan seperti Langkawi dan Melaka pasti akan menjadi sesak. Perkara tersebut sedikit sebanyak menyusahkan mereka untuk menikmati cuti tersebut.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pelancongan telah menyiapkan sebuah cadangan mengenai cuti sekolah berperingkat. Ianya sudah pasti membuatkan para ibu bapa menyukainya.

Cuti sekolah berperingkat

Menerusi Mstar, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata cadangan cuti sekolah akan dilaksanakan mengikut zon-zon yang berbeza seluruh negara.

Berbanding cuti sekolah selama seminggu untuk seluruh negara, kita boleh mengagihkan musim cuti selama tiga minggu.

Kami mencadangkan musim cuti sekolah dilaksanakan secara berbeza untuk wilayah pantai utara, selatan dan timur

Kualiti pelancongan domestik meningkat

Tambah beliau lagi, masalah kesesakan dapat dikurangkan apabila cuti berperingkat dilaksanakan. Ianya juga sekaligus dapat meningkatkan kualiti pelancongan domestik.

Kita juga akan mempunyai pengurusan lalu lintas yang lebih baik dan pemain industri pelancongan tidak perlu menghadapi situasi ‘feast or famine

Cadangan tersebut hanya untuk cuti pendek

Namun, beliau berkata cadangan terbabit hanya untuk cuti sekolah pertengahan tahun pada bulan Mac, Jun dan September tetapi ia tidak termasuk cuti akhir tahun yang lebih panjang.
Laporan itu hampir siap. Kami memperoleh semakin banyak data.

Jika kita katakan Cameron Highlands sesak semasa cuti persekolahan, berapa sesak keadaan yang berlaku?

Dalam era data besar (big data) ini, kita harus teliti mengenai apa yang kita cadangkan,” kata Muhammad Bakhtiar kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Kebangsaan di sini pada Selasa.