Pemakaian Eyelash Extension Bahaya & Wuduk Tak Sah – Pakar Bedah Mata, Prof Dr Muhaya

Bagi kaum wanita, kesihatan dan kecantikan amat penting dalam membentuk peribadi mereka. Tidak hairan lah mereka mengambil masa yang lama untuk bersiap. Antara kecantikan yang mereka sering gunakan adalah dengan pemakaian ‘eyelash extension’ demi memiliki bulu mata yang lentik dan panjang.

Tetapi tahukah anda akibat dari penggunaan ‘eyelash extension‘? Bagaimana pula jika ingin melakukan ibadah? Baca penjelasan dari  Datuk Prof Dr. Che Muhaya Haji Mohamad.

Apakah akibat pakai ‘eyelash extension’?

Menurut Prof Muhaya, iaitu seorang doktor Pakar Bedah Mata mendedahkan bahawa penggunaan ‘eyelash extension’ boleh membahayakan kesihatan mata. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan wuduk yang diambil tidak sah. Apabila wuduk diambil tidak sempurna ia sekaligus akan menyebakan solat fardu yang didirikan juga tidak sah.

Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Prof Muhaya berkongsi statistik bahawa 90 peratus orang Malaysia  tidak solat cukup waktu. Manakala bagi yang cukup solat lima waktu pula tidak dapat dipastikan sama ada wuduk diambil dengan sempurna atau tidak.

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/ScyC89xYX9Y?ecver=1″ frameborder=”0″ allow=”autoplay; encrypted-media” allowfullscreen></iframe>

Menurut Prof Muhaya, pemakaian eyelash tidak sah wuduk adalah kerana plastik yang dilekatkan pada mata mempunyai gam yang boleh menghalang dan menutup bulu mata. Selain itu, Prof Muhaya juga turut berkongsi video mata pesakitnya yang telah membuat eyelash extension.

Akibat dari pemakain eyelash tersebut telah menyebabkan mata pesakit tidak sihat, tidak selesa, merah dan berair.