Gara – gara key in minyak RON95, geng bikers pukul pekerja stesen minyak dekat sungkai

Benda kecik je pun tapi diperbesarkan. Kan tak pasal pasal dah jadi kes polis!

Semalam viral dua video dekat media sosial menunjukkan rakaman CCTV dekat sebuah stesen minyak di Sungkai. Video berdurasi 42 saat tu menunjukkan sekumpulan geng bikers bertindak kasar dan pukul pekerja stesen minyak tu.

Kejadian berlaku pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 12.45 tengah hari tu rupa-rupanya hanyalah disebabkan tersalah key in dalam sistem. Menurut mangsa yang berusia 24 tahun, salah seorang daripada geng bikers tu nak isi minyak tapi tak beritahu dia jenis minyak RON97 jadi lepas terima duit dia terus key in minyak RON95 untuk ‘brader’ tu.

Lelaki tu tak berpuas hati walaupun kata mangsa dia dah pun minta maaf tapi tak dipedulikan. Geng bikers tu kemudian bawa mangsa keluar dan salah seorang boleh dilihat melempang muka dia beberapa kali.

Bukan setakat tu, dia juga ditendang hingga terjatuh dan dibaling air tin. Dia kemudian pergi buat laporan di Balai Polis Tapah selepas alami kesakitan di beberapa anggota badan.

Menurut satu Facebook post dari sahabatnya, mangsa dikatakan masih trauma sampai berniat nak berhenti kerja. Tetapi (mungkin) tidak teruskan niat tu disebabkan perlu menyara adik-adiknya.

Ketua Polis Daerah Tapak, Supritendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, setakat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.”

Adoyai, apa yang buat dia bad mood sangat tu sampai benda kecik pun nak mengamuk. Siap jadi kes polis lagi…