“Ketuk kepala dengan penumbuk” – Video Lelaki Dayus Kasari Wanita Dalam Pantang

Kalau depan public pun dah terang-terang tunjuk perangai dayus, apatah lagi belakang tabir bila takde orang dekat sekeliling! Benda ni bermain dalam fikiran admin lepad tengok video and baca cerita ni…

Satu thread dikongsi seorang doktor dekat Twitter semalam dapat perhatian ramai and currently dah dapat 8 ribu retweets daripada netizen. So, menurut Doktor Lily, dia tengah buat kerja dekat sebuah restoran dan tiba-tiba ada satu pasangan dekat meja sebelah mula bergaduh.


Saya cabut earphones dan dengar perempuan tu menangis.”
Lepas tengok dengan lebih teliti, rupa-rupanya baru dia perasan yang perempuan tu tengah pegang seorang bayi baru lahir dibaluti dengan kain selimut.
Lelaki tu kemudian mula bertindak kasar.”
Difahamkan, dia tengah cuba pujuk perempuan tu untuk balik dengannya. Dia tak pujuk cara baik, tapi sebaliknya dia tarik-tarik lengan dan rambut perempuan tu. Bukan tu je, dia siap ketuk kepala perempuan tu dengan penumbuk dia beberapa kali.

Sewaktu situasi tengah tegang, seorang pakcik pandang ke arah pasangan ni dan lelaki tu dengan biadap memarahi dia and cakap,
“Apa pandang pandang bang?”
Nak tahu apa pakcik tu balas? “Ini tempat awam mestilah orang pandang dik.”

Lepas kena ‘sound’ dengan pakcik tu, dorang keluar untuk ‘selesaikan masalah’ dan masa tu lah Doktor Lily berkesempatan untuk tanya dengan perempuan tu. 

“Dia baru berusia 22 tahun dan lelaki tu adalah ‘BAKAL SUAMI’. Kami beritahu dia untuk buat laporan polis. Lepas tu lelaki dayus tu masuk balik dan paksa perempuan tu balik dengan dia. Beberapa saat kemudian, polis awam muncul dan suruh lelaki tu keluar dari restoran.

“Perempuan tu taknak ikut. Mestilah dia taknak ikut lelaki tu balik rumah?! Silap silap dia kena pukul sampai mati dekat rumah?? Mereka berdua keluar dari restoran dan saya ingat masalah boleh selesai tapi tidak. Dia sambung, kali ni depan ramai orang.”

Mereka kemudian duduk di kaki lima dan berlakulah sesi pujuk memujuk dalam keadaan dikelilingi polis bantuan dan beberapa pekerja lelaki dari restoran untuk berjaga-jaga kalau lelaki tu mula naik angin. Pegawai polis kemudian tiba 15 minit kemudian.

Rupa-rupanya lepas diselidik, perempuan tu datang restoran untuk cari kerja tapi lelaki tu mula naik angin. Mengikut apa yang dilihat, menurut Doktor Lily dia percaya yang perempuan tu baru ke lepas beranak dan nampak gayanya macam nak tinggalkan lelaki dayus tu. Yela siapa nak lelaki macam tu jadi suami kan!

Doktor Lily juga pesan dekat lelaki lain supaya jangan bersikap macam tu. Sebab macam-macam benda boleh jadi dekat perempuan lepas beranak dan ketika tempoh berpantang.

“Dia boleh jadi psikosis, kemurungan, bentan dan macam-macam lagi. Kepada perempuan tu, saya harap yang baik-baik saja untuk kamu. Saya berdoa untuk kamu.”

Netizen yang baca thread Doktor Lily ni pun turut bengang dan sakit hati dengan apa yang lelaki dayus tu buat. Tak pasti apa pengakhiran cerita ni, tapi admin harap lelaki tu kena tahan and tak kacau perempuan tu lagi!