‘Expired 2019″ – Video Cacing Berkeliaran Dalam Kiub Pati Ayam Produk Jenama Tempatan

Kalau sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu sardin yang mengandungi cacing, tapi kali ini dalam kiub pati ayam pula.

Seorang pengguna Facebook, Amalina Nazari, memunai naik 2 video menunjukkan ada banyak ekor ulat berkeliaran dalam kiub ayam jenama tempatan tersebut.

“Ulat-ulat nya pun warna lebih kurang kiub”

Menurut Amalina, tarikh luput dalam kiub tersebut masih lama lagi, lebih merisaukan lagi,  bukan satu kiub sahaja yang ada banyak cacing, kiub-kiub lain juga terkandung.

Video ini mendapat lebih daripda 5,000 perkongsian sejak ia dimuatnaik di Facebook semalam.

“Expired 2019 pun boleh ada menatang ni haihhh”

“Spoil betul mood masak harini. Boleh ade ULAT ber ekor2 dalam satu kiub ayam maggi ni  Hati2 la sesape yg biase pakai yerr. sbb ulat2 nye pun warne lebih kurang kiub . Jadi kalau yg jenis bukak plastik kecepuk campak masuk kuali selamat la ulat2 ni disemadikan dlm perut korang satu keluargaa. Expired 2019 pun blh ade menatang2 ni haihhh . HATI2! Harap Maggi improve la cara packaging atau yg sepatutnya. Nayaa orang”

Ramai netizen jijik dan risau tentang produk mereka. Bagaimanapun ada netizen yang bernaggapan bahawa cara penyimpanan wanita ini tak betul.

Cara penyimpanan tak betul – Netizen

Disebabkan ramai netizen yang respon dengan bertanya dan mempertikaikan cara penyimpananya. Amalina menjelaskan situasi sebenar.

Saya simpan dalam peti ais & kabinet dapur yang masih dalam kotak di seal plastik. Berulat

Dia menjelaskan bahawa kiub tersebut di simpan dalam peti sejuk dalam keadaan elok lagi, kotak masih berbalut dengan plaktik. Bahkan dia juga ada menyimpan lagi 2 kiub di kabinet dapur yang juga masih tidak terusik.

Menurutnya, sewaktu hari kejadian, dia pernah buka yang ada dalam peti sejuk mendapati kesemua kiub dalam paket tersebut berulat. Bahkan salah satu kiub dalam kabinet punya juga ada ulat.

Hmm, niat dia hanya nak kita berhati-hati je. Yelah kiub ni kan boleh dikatakan makanan utama dalam masakan, jadi kita kena lah ‘alert’.