Majikan Terlampau Baik Hati! Hadiahkan 600 Kereta, Apartmen & Wang Tunai Kepada Kakitangan Sempena Deepavali

Biasalah kalau majikan bagi kita bonus setahun sekali tu kan? Lain company, lain jumlah bonus yang diberi. Tapi tak salah kalau admin katakan majikan yang satu ni tersangatlah baik hati. Kenapa?

Saudagar berlian terkenal, Savji Dholakia telah menghadiahkan kakitangan syarikatnya dengan 3 jenis pemberian yang berbeza.

Dalam satu video pengumuman yang dilakukan pemilik Hari Krishna Exporters tu, kira-kira 1700 orang kakitangan diberikan hadiah tersebut bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali.

Berikut adalah hadiah yang diberikan Dholakia:

* Kereta Renault Kwid kepada 400 orang kakitangan

* Kereta Maruti Suzuki Celerio kepada 200 orang kakitangan

* Wang tunai dan apartmen kepada 1,000 orang kakitangan

Harga kesemua kereta yang diberikan tu berjumlah AS$2 juta (RM8.4juta). Harga satu unit kereta tu masing-masing bernilai AS$5,988 (RM25,000) dan AS$7,349 (RM30,682).

Difahamkan, majlis penyerahan hadiah Deepavali tu dilakukan secara besar-besaran dalam satu upacara yang dipanggil ‘Skill India Incentive Ceremony’ di Surat, Gujarat. Malah, Perdana Menteri India, Narendra Modi yang menyerahkan kunci kereta kepada kakitangan syarikat tu di New Delhi.

Dholakia terkenal dengan sifat pemurahnya kerana sering beri hadiah mewah kepada kakitangan syarikatnya setiap kali musim perayaan. September lalu, ahli perniagaan ni menjadi sebutan selepas dia berikan Mercedes Benz SUV kepada tiga kakitangan senior yang telah berkhidmat dengannya selama 25 tahun.

Selain daripada tu, ini adalah pemberian Dholakia kepada pekerjanya sebelum ini:

* Pada tahun 2017, Dholakia juga ada berikan 1,200 unit kereta Datsun Redi-GO kepada kakitangan syarikat sempena dengan sambutan Tahun Baru.

* Pada tahun 2016, kesemua kakitangan terima bonus sempena perayaan Deepavali sebanyak 510,000,000 Rupee (RM29,054,445).

* Turut berikan 1,260 unit kereta dan 400 unit apartmen kepada kakitangannya pada tahun 2016.

Dholakia sangat pentingkan dan hargai kakitangan syarikatnya yang setia jadi sebab itulah dia sering berikan hadiah macam tu

Okay admin nak packing baju jap, nak pergi kerja dekat syarikat dia!