“Saya harap sangat beliau baca penghargaan ini” – Nasib Penjual Kuih Berubah Sekelip Mata Kerana Tokti

Siapa dapat menyangka rezeki yang datang dengan tiba-tiba? Lebih terharu apabila rezeki itu datang dari seorang yang disegani dan disayangi ramai kat Malaysia ni seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza!

Menerusi posting Ridzuan Khalid di Instagram, dia berkongsi kisah ‘durian runtuh’nya apabila mendapat rezeki mencurah-curah lepas kuih buatannya dengan nenek telah dipromosi Tokti kat laman Instagram. 

Dapat tawaran sambung belajar tapi ada masalah kewangan

Semuanya bermula apabila Ridzuan mendapat tawaran sambung belajar di peringkat master dan mempunyai kekangan kewangan untuk tampung pengajiannya tu. Disebabkan masalah tu, Ridzuan muncul dengan #projekkuihbangkit dan menjual kuih dengan neneknya, Opah Sapiah.

“Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. 

“Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit.

“Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima.

“Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya.”

“Allah bukakan rezeki dengan cara tak disangka… saya pelik kenapa handphone tak henti vibrate. Tokti post gambar kuih kat Instagram!” 

Betullah kata Allah, setiap seorang atas muka bumi telah ditentukan rezeki masing-masing. Secara tak disangka, ada kawan Ridzuan datang ke rumah beritahu yang dia nak berjumpa dengan Tokti. Ridzuan pun ambil kesempatan ni untuk kirimkan kuih bangkit buat Tokti. Tanpa disangka-sangka…

“Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah.

“Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti. 
Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin.

“Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.

“Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi.. Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.”

“Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti” 

Berkat keuntungan daripada menjual kuih bangkit, Ridzuan dapat menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Siap dapat Anugerah Sarjana Cemerlang lagi tau! Dalam posting tu, Ridzuan ingin tujukan kejayaan ni buat Tokti. Sebak!

“Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan. Terima kasih Allah!” 

“Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.”

Rata-rata netizen yang membaca kisah Ridzuan ni terharu sangat dengan kejayaan yang dikecapinya. Malah ramai juga yang memuji Tokti sebab selalu buat review free tambah-tambah untuk mereka yang dalam kesusahan macam ni.

Lagi best bila Tokti pun dah perasan posting Ridzuan dan minta buat kuih bangkit lagi. Awww so sweet!

Kami doakan semoga Ridzuan terus sukses dan dapat balas jasa keluarga yang sentiasa bersusah senang dengannya. Amin!