Wanita Sebak Lihat Homeless Ni Tepi Jalan, Tapi Rupanya Ada Kisah Lebih Menyayat Hati…

Membantu mereka yang susah tu memang amalan yang mulia. Samalah seperti kisah yang dikongsikan seorang wanita baru-baru ni tentang pengalamannya membantu seorang lelaki homeless di tepi jalan.

Menerusi perkongsian Facebook Famelia P. Menjaya, dia dalam perjalanan pulang dari sebuah sekolah di Bintangor dan ingin ke Sarikei, Sarawak untuk urusan peribadi. Kemudian tanpa diduga dia terlihat seorang lelaki sedang melambai-lambai padanya dekat hadapan sebuah bank di sana.

“Dia melambai pada saya, pada mulanya saya ingat dia ada sakit mental jadi saya menjauhkan diri darinya.

“Sebaik saya keluar dari bank, saya nampak orang lalu lalang di hadapannya tanpa beri sebarang makanan atau wang,” kata Famelia.

“Dia ucap ‘terima kasih’ berkali-kali, tiba-tiba muncul perasaan pedih di hati saya bila tengok orang tua ini.”

Macam manapun, Famelia yang kasihan melihat orang tua tu di tepi jalan akhirnya membeli sedikit makanan dari sebuah kedai roti berdekatan dengan bank. Dia memberanikan diri untuk mendekati orang tua tu dan memberikan makanan tersebut.

“Dia nampak terkejut dan saya tiba-tiba dapat lihat bagaimana dia sangat sangat menghargai makanan yang saya berikan untuknya.

“Dia berjabat tangan dengan saya dan ucap ‘terima kasih’ berkali-kali. Tak tahu kenapa tiba-tiba muncul perasaan pedih di hati saya bila tengok orang tua ini,” katanya lagi. Aduhai sedihnyaaa…

Famelia yang sebak melihat lelaki homeless tu berharap sangat supaya adalah ahli keluarga lelaki tu yang bawanya pulang sebab dia tak sanggup lihat orang tua yang uzur begini tinggal tepi jalan.

Rupanya ada ahli keluarga tapi…

Posting dari Famelia ni kemudian mendapat respon Facebook page Borneo yang mendakwa rupa-rupanya lelaki tersebut ada isteri dan seorang anak perempuan. Ahli keluarganya pulak dikatakan memang ada jumpa dengan lelaki ni setiap malam, tapi..

“Lelaki ini ada isteri dan anak perempuan. Tiap malam anak dengan wifedatang dengan van ambil kotak-kotak yang dia collect tapi anak perempuannya agak biadap. 

“Ambil kotak kemudian beri duit dengan bapanya. Kemudian tinggal dia sorang-sorang pada malam tu. Pernah sekali, lepas angkat kotak ke van, beri duit (mungkin kurang), bapanya cuba tahan untuk minta lagi. Tapi dia buat tak tahu, marah-marah dan tinggalkan macam tu je.

“Boleh nampak air muka orang tua tu tunduk dan perhati duit ada di tangannya. Dia ada keluarga tapi terbiar,” tulis posting tersebut.

“Orang tua ini degil masih nak kutip kotak” 

Macam manapun, lepas admin teliti bahagian komen, ada yang cakap ini kes bapa degil yang masih nak kutip kotak walaupun anak-anaknya sudah kaya raya.

Kami tak pasti kisah ini benar atau tak, cuma dulu kes seakan-akan macam ni pernah berlaku sampai masuk Motif Viral. Ingat lagi tak kisah pakcik jual keropok tu? Haa jangan-jangan macam tu.

Apa-apapun sama ada ini kisah benar atau tak, diharapkan janganlah ada anak-anak yang tergamak buat kat ibu bapa macam tu. Cuma kalau betul si bapanya degil, mungkin kena guna taktik lain yang lebih sesuai lah kan untuk pujuk bapa tersebut? Apa kata korang?