Susu Dah Masam Jangan Buang, Boleh Ikut 4 Panduan Wanita Ini Untuk Jadikan Homemade Cheese

Selama ini kalau kita simpan susu dalam peti sejuk pasti tak nak biarkan ia dibiarkan lama-lama kan? Kena habiskan secepat mungkin lepas buka.

Ada juga yang kurang bernasib baik, beli sahaja rupa-rupanya dah masam.. Mesti frust kan? Tapi lepas Suriya Ab Majid kongsikan tips macam mana nak hasilkan cheese pakai susu masam tu terus rasa macam nak biarkan susu dalam peti ais lama-lama. Huhu!

Susu sudah masam ni memang paling sesuai dijadikan cheese. 

” SUSU MASAM BERTUKAR JADI CHEESE, BIAR BETIK?

Barulah saya tahu, kalau susu sudah masam it can be the perfect milk for making a cheese.

Cerita Jumaat lepas, buka penutup susu Farm Fresh Milk Malaysia..sekali menyelinap bau masam. Terus tak jadi nak brew coffee.

Korang kalau susu dah masam jangan buang. Banyak kegunaannya.

Antaranya boleh buat kek, pankek, carbonara, mushroom soup & apa-apa saja masakan yang menggunakan susu.

Biasanya memang saya masakkan jadi carbonara spaghetti. Tapi kali ni nak cubalah buat homemade cheese. “

Sebenarnya kalau dah mula masam ada banyak kegunaanya, menurut wanita ini dia sendiri akan gunakan susu tersebut untuk masak, Baru-baru ini dia cuba nak buat keju buatan sendiri.

Senang saja cara nak buat

” 1- Panaskan susu dalam periuk hingga mendidih. Api sederhana je. Masukkan juga 1 sudu kecil garam. Nampak dah mula berwap, cepat-cepat tutup api.

2- Alihkan periuk dari dapur.

3- Masukkan 3 sudu besar cuka putih. Saya guna Disstilled White Vinegar jenama Heinz. Kacau sekejap.

4- Biarkan dalam 5-15 minit. Susu akan jadi berketul-ketul.

5- Guna kain kasa, saya guna kain lampin bersih untuk tapiskan. Biarkan 45-1 jam untuk airnya ditoskan.

Ok dah siap. Boleh simpan dalam bekas.

Airnya tu simpan. Banyak khasiatnya tu. Air tu sebenarnya milk whey liquid. Nanti saya kongsi pula macam mana cara menggunakan milk whey liquid ni.

Bagi yang tengah buat diet eat clean, this is the best option for commercial cheese.

Homemade is always the best. “

Oh senang je nak buat, keju ni boleh tahan mahal juga, jadi lebih baik try sendiri kat rumah. Kos pun murah, tak ada campuran bahan pengawet. Kebanyakan netizen boleh terima dan tertarik dengan perkongsian tips ini dan ingin buat sama. Hantu cheese wajib cuba !