Netizen Respek Uncle Ni Bantu Abam Polis Trafik Betulkan Alignment Tulang. Rupanya Uncle Ni Bukan Calang2

Tular di laman sosial sebuah video seorang uncle Cina membantu membetulkan tulang seorang pegawai polif trafik di tepi jalan. Video berdurasi 1:52 saat itu memaparkan lelaki pertengahan usia itu menunjukkan kebolehan dalam memberi rawatan tulang belakang.

Skrol ke bawah untuk lihat video di hujung artikel

Dalam video itu juga kelihatan pegawai polis trafik terbabit betul-betul gembira dan selesa dengan cara rawatan yang diberikan. Rata-rata netizen juga memuji tindakan uncle tersebut yang sangat mesra itu.

Meskipun begitu terdapat juga netizen yang menuduh secara melulu apabila mengatakan uncle itu berbuat begitu semata-mata mahu mengelak dari kena saman. Ini kerana pada hujung klip video ternyata pegawai polis itu begitu gembira kerana mendapat rawatan percuma itu.

Namun ramai yang memberi pendapat positif apabila mengatakan uncle tersebut adalah seorang pemilik pusat perubatan tulang terkenal. Melalui carian admin, nama beliau adalah Chris Leong.

” Master Chris Leong adalah salah satu daripada pakar pembetul tulang terkemuka di Malaysia yang menggunakan kaedah TCM. Beliau sangat bersemnagat dalam membuat orang merasa baik & pulih lebih baik.” begitulah motto beliau dalam akaun FB milik beliau.

Menurut review dari seorang pelanggan Chris beliau sangat berpuas hati dengan rawatan yang diterima. Berikut komen beliau;

” My family and I had a private treatment today in Thailand. You will be amazed how better you will feel after the treatment. Thank you Sifu Chris for your healing method and your friendliness. Patients will enjoy your positive approach and humor to keep them relaxed. We look forward to meeting with you again on your next visit to Thailand..”

Jom baca komen netizen di bawah

1) Seronok tengok kepelbagaian kaum kat negara kita ni. Rasa la harmoni tu sekejap. The very good post i see today. Salute this post show some loves please

2) for those meleis yg not familiar.. wht the chinese uncle did in the video is a few of gonstead chiropractic ways untuk betulkan posisi tulang.. boleh rujuk dkt youtube cari gonstead chiropractic dr rahim / dr ian.. rasanya pakcik tu cuma nak bantu bukan nak selamatkan diri dari saman

3) urut laa kiranya cuma bukan mcm org melayu kita berurut .. Tp mmg lega laa ..sy ritu sbb retak tulang dgn lutut xley bengkok sbb eksiden ..master buat sampai lutut boleh elok balik pastu dia rawat migrain sekali..

4) benci lak aku baca comment pasal saman ni. Tak kenal uncle tu diam jela. Boleh cari dia dekat fb. Master chris leong.

5) kau apa tahu budak. Uncle cina ni orang panggil dia master chris leong. Budak kecik baru nak kenal dunia. Dah pi main lajak kau tu jauh.