Ini Lah Wajah Wajah Pemandu Dan Penumpang Kereta Hyundai Yang Mer@gut Nyawa Wan Amirah.

EMPAT suspek kes langgar lari hingga menyebabkan kematian di Shaftsbury Square, Cyberjaya direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Alpha Dragam di Mahkamah Sepang, hari ini.

Terdahulu, empat suspek terbabit iaitu seorang lelaki Yemen berusia 22 tahun, dua lelaki Libya berusia 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berasal dari Sabah berusia 32 tahun tiba pada 9.30 pagi.

Penahanan mereka dibuat kira-kira 12 tengah malam tadi membabitkan suspek warga Yemen di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Ini Lah Wajah Wajah Pemandu Dan Penumpang Kereta Hyundai Yang Mer@gut Nyawa Wan Amirah. Salah Seorang Warga Malaysia

Seterusnya tangkapan lanjut dibuat di Symphony Hills Cyberjaya membabitkan dua warga Libya dan seorang wanita.

Berikutan itu, kereta Hyundai berwarna perak yang disyaki terbabit dengan kes berkenaan turut dirampas.

Semua tangkapan membabitkan penuntut di universiti antarabangsa di Cyberjaya dan seorang daripada lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai itu ketika kemalangan.

Penolong pengurus syarikat telekomunikasi di Cyberjaya, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang parah dirempuh dan diseret kereta di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya, kelmarin meninggal dunia di Hospital Putrajaya, 4 pagi semalam.

Mangsa dirempuh kereta Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 sebelum pemandunya melarikan diri.

Video kejadian itu menjadi tular di media sosial yang mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya.

Kereta suspek turut merempuh sebuah kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.

Susulan itu pihak polis berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Langgar lari, 3 lelaki Arab dan seorang wanita dari Sabah ditangkap

Susulan kejadian kes langgar lari yang menyebabkan mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, meninggal dunia malam kelmarin, polis telah menahan empat suspek termasuk seorang wanita berasal dari Sabah.

>Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Ali berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor menahan seorang lelaki Yemen berusia 22 tahun di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.

Dua lelaki warga Libya berusia 24 dan 20 tahun ditangkap di Cyberjaya dan juga seorang wanita berusia 32 tahun berasal dari Sabah turut ditahan.

Kereta Hyundai berwarna silver yang dipercayai terlibat dalam kes itu turut dirampas.

Kesemua suspek yang ditangkap adalah penuntut di universiti antarabangsa di Cyberjaya dan salah seorang suspek yang ditangkap mengaku memandu kereta itu ketika kejadian.

Dalam kejadian jam 7.34 petang kelmarin, Wan Amirah parah dirempuh dan diseret kereta yang dipandu suspek di hadapan bangunan kedai Shaftbury. Suspek terdahulu merempuh beberapa kenderaan lain sebelum merempuh mangsa dan terus melarikan diri.

Difahamkan, suspek sebelum itu berang ditegur oleh pengawal keselamatan kerana meletakkan kereta di tempat letak kereta OKU, lalu bertindak memandu secara melulu.