Dihina & Diejek Kerana Hit@m, Gadis Ini Bangkit Dan Buktikan Cantik Tak Semestinya Putih

Bila cakap tentang cantik, pastinya yang terlintas di fikiran adalah putih, kurus, tinggi, kulit yang licin dan sebagainya

Tapi macam mana pula kepada mereka yang berkulit gelap? Adakah mereka layak untuk dipanggil buruk? Tak cantik? Terlalu hit@m?

Seorang gadis, Haneesya Hanee, di Twitter menganggap hit@m tidak semestinya tidak cantik. Haneesya yang juga berkulit hit@m berasa sangat terkilan apabila selalu dihina oleh orang yang tidak dikenali kerana tidak mempunyai kulit yang putih melepak.

Namun, perkara itu tetap tidak menghalang dirinya untuk berasa cantik dengan penuh yakin.

Dia menulis, “Our Malay people have to stop thinking that ‘putih’ is cantik. I am Malay and i think i look great in dark skin.”

Image from Instagram @haneesyahanee

Haneesya menyeru orang ramai untuk berhenti memikirkan bahawa hanya orang berkulit putih sahaja yang cantik. Menurutnya, tidak ada masalah langsung untuk orang berkulit gelap untuk merasakan dirinya cantik.

Gadis 18 tahun ini turut menyelar tindakan segelintir masyarakat yang terlalu obses untuk memutihkan kulit sehingga menjadikan orang berkulit gelap berasa rendah diri.

Image from Twitter @HaneesyaHanee

Seperti yang dijangka, ada saja pihak yang “panas punggung” dengan kenyataan beliau dan bertindak mencaci dan menghinanya, hanya kerana beliau berkulit gelap

Image from Twitter @HaneesyaHanee

Image from Instagram @haneesyahanee

Image from Instagram @haneesyahanee

Haneesya meluahkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang bersikap diskriminasi dan tidak henti-henti melemparkan komen-komen negatif di akaun Instagram dan Twitter miliknya. Perkara tersebut telah berlaku secara terbuka, namun dia tetap membalasnya dengan penuh adab.

Lebih teruk, Haneesya turut dihina dan mendapat label seperti “perempuan hit@m tak sedar diri”

Image from Twitter @HaneesyaHanee

Tetapi, dalam pada ramai yang mengecam, masih ramai juga yang menyokong Haneesya. Masing-masing menyifatkan kenyataan beliau itu sama sekali benar, malah turut terjadi kepada orang lain.

Image from Twitter @HaneesyaHanee

Image from Twitter @HaneesyaHanee

Tweet tersebut telah tersebar luas sehingga turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri. Menurut Dr Amalina, “everyone is beautiful in their own way.”

Image from Twitter @DrAmalinaBakri

Dr Amalina Bakri mengatakan semua orang mempunyai kecantikan yang tersendiri dan tidak perlu memberitahu orang lain yang mereka ‘kurang cantik’ hanya kerana mereka tidak layak untuk dipanggil cantik dalam fikiran sesetengah orang. Perkara itu sangat tidak bertimbang rasa.

Sesungguhnya cantik itu sangat subjektif. Bukan hanya yang berkulit putih mampu digelar ‘cantik’.

Mereka yang berkulit sawo matang, gelap, kuning langsat dan sebagainya pun layak untuk menerima pujian dan layanan yang sama. Setuju?

Image from Instagram @haneesyahanee

Fuh, macam Ariana Grande pun ada Haneesya ni!