Kembar Faizal Tahir, Joe Aziz Dihalau Dari MeleTop Undang Kemarahan Netizen

Seperti yang terlihat dalam rancangan hiburan MeleTop yang ditayangkan di Astro Ria baru-baru ini, sekali lagi undang kecaman dari netizen.

Difahamkan, rata-rata netizen agak kecewa dengan sikap pengacara Nabil Ahmad terhadap artis undangan iaitu seorang pelawak, Joe Aziz yang dihalau keluar dari studio tanpa rasa bersalah.

Pada yang terlepas untuk episod kali ini, MeleTop telah menjemput Joe Aziz yang dikatakan mempunyai wajah yang agak mirip dengan penyanyi Faizal Tahir. Joe Aziz juga pernah muncul dalam sebuah Parodi Meletop MV Ragaman yang manjadi tular sebelum ini.

Kehadiran Joe Aziz sebenarnya sekadar gimik sebelum munculnya Faizal untuk berkongsi kejayaan single terbarunya berjudul Ragaman.

Rata-rata netizen menegur cara Nabil melayan Joe Aziz kerana gurauannya itu dianggap biadab dan keterlaluan.

Bukan pertama kali Nabil bertindak sebegini, Nabil memang dikenali sebagai hos yang suka menyakat dan tidak ada niat untuk mengguris hati Joe Aziz, tetapi netizen yang melihat merasa simpati.  Walaupun gurauan sebegini agak kurang sesuai tapi rasanya semua orang dah kenal cara Nabil melawak dari dulu hingga sekarang.