Inilah Rahsia Di Sebalik Gaya Tari Raja Pop Michael Jackson Yang Dikatakan Melawan Graviti

Michael Jackson boleh dianggap sebagai lagenda muzik pop yang diminati ramai di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Penyanyi pop global ini memang terkenal dengan persembahannya yang sentiasa menarik dan unik.

Salah satu gerak tari yang pernah dipersembahkan oleh Michael Jackson yang paling diingati ialah gerak tari yang menampilkan ilusi seolah-olah penarinya bersandar ke hadapan semasa berdiri tanpa terjatuh.

Ya, ini merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain kerana semasa merpersembahkan tarian itu, Michael Jackson dan penari-penarinya telah “melanggar hukum graviti”.

Sebenarnya, ini merupakan satu ilusi yang bijak kerana Michael Jackson mendapatkan bantuan untuk membuat kasut yang direka khas oleh beliau sendiri.

Rekabentuk kasut ini membolehkan beliau untuk menyempurnakan gerak tari tersebut dengan menggunakan bantuan paku di lantai pentas.

Ini menunjukkan daya inovatif yang sangat luar biasa dan menariknya, kasut ini telah dipatenkan di bawah nama beliau!

Tonton video di bawah