Isteri diceraikan suami kerana tidak ‘berdarah’ di malam pertama

Viral di Twitter, luahan seorang wanita yang kesal diceraikan oleh suaminya hanya kerana dia tidak mengeluarkan darah dara ketika mereka melakukan hubungan kelamin.

Menurut wanita terbabit, sudah puas mereka mencuba namun hasilnya tetap sama sehingga si suami menuduh dia sudah tiada dara sebelum berkahwin dengannya.

“Ashraf, umur I 28 tahun dan I baru saja berkahwin di pertengahan tahun ini. Everything was great and I was so happy and grateful. Until we had our first night together, I didn’t bleed on our first sex.

“He was super super upset and mad about it. Dia cakap I tak ada dara, tapi that was my first time I had sex. I tak tahu kenapa I tak keluar darah dara itu.

“Then we tried another night a few weeks later. It still same, tak ada keluar darah juga. He got really mad again and tinggalkan I macam itu saja.

“After few months, kitorang try lagi. Unfortunately sama juga tak ada darah. I tak tahu kenapa I tak keluar darah itu. Just right after we had sex itu, dia lafaz kata cerai.

“Kami berkahwin tak sampai setahun and now I tak tahu nak cakap apa dengan family I tentang alasan cerai ini. Help me,” katanya.

Ashaf, umur I 28 and I baru je kahwin pertengahan tahun ni, everything was greattt and I was so happy and grateful.

Ramai yang tidak faham atau terbatas ilmunya mengenai selaput dara di mana golongan ini lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar.

Seseorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama adalah anggapan yang kurang tepat. Dara atau tidak seseorang wanita itu bukan bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa aktiviti-aktiviti tertentu.

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen ini merupakan satu lipatan selaput lendir vagina perempuan yang telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Selaput ini amat tipis dan merupakan membrane yang lembut. Secara biologisnya, membrane ini tidak berfungsi.

Untuk pengetahuan, bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati, ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

Selaput dara sangat elastik dan tidak mudah rosak. Ia hanya akan pecah apabila seseorang perempuan itu melakukan hubungan s3ks, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lain. ada perepuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s3ks.

Ada juga perempuan yang sudah berkahwin dan melakukan hubungan s3ks berkali-kali tetapi selaput darahnya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

Sumber: AshrafAriff, Elxoxosha