Uncle Deyy Sekali Lagi Tiru Aksinya Semasa Ditemubual

BEBERAPA hari lalu, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang cuba menahan marah tular di media sosial.

Video pendek berdurasi 12 saat itu menunjukkan dia mengetap bibir sebelum dengan nada berang terpacul perkataan “Deyy!” dari mulutnya.

Individu yang digelar “Uncle Deyy” itu terus mencetuskan fenomena di media sosial apabila rakaman itu tular dan menjadi ikutan sehingga melahirkan beberapa video parodi.

“Uncle Deyy” telah berjaya dijejaki. Bercakap kepada Astro AWANI, individu yang mencetuskan fenomena itu, S Kanagarajah, 42, menceritakan punca terhasilnya video viral itu.

Menurut ahli perniagaan tersebut, dia berada di lokasi kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman pada awal pagi Isnin untuk mengikuti perkembangan dari sana.

Kata Kanagarajah ketika itu dia berasa tertekan kerana sukar mendapatkan bantuan apatah lagi dengan  suasana yang sangat tegang.Menurutnya, ketika itu dia berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya betul-betul kecewa dan sedih apabila melihat mereka yang sedang bersembahyang dipukul.

“Cuba anda bayangkan ada juga wanita dan juga orang tua yang berumur 60 tahun di sana, apa yang mereka boleh buat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Bercakap mengenai videonya yang tular itu, Kanagarajah berkata dia tidak kisah dengan video tular yang memaparkan dirinya itu.

ELAKI yang viral dengan aksi “deyy” dalam satu rakaman video semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan tindakannya.Jelas S Kanagarajah, aksi berkenaan dirakam secara spontan dan tidak disengajakan.

“Hari itu kalau saya menyinggung perasaan sesiapa, saya minta maaf. Saya bukan sengaja… masa itu memang saya emosi sebab saya lihat orang berlumuran darah,” katanya dalam satu temu bual di Facebook Live Sinar Harian hari ini.

Kanagarajah berkata aksi geramnya itu dirakam seorang individu yang berada di lokasi kejadian untuk membantu orang awam.“Rakaman video itu dibuat secara spontan. (Perakam) itu bukan orang India. Dia salah seorang yang nak beri bantuan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kanagarajah menegaskan, dia tidak mengejar populariti selepas viral di media sosial.

“Memang sekarang saya sudah dapat macam-macam panggilan, tetapi bukan cara saya mahu populariti. Sesiapa nak interview, saya datang dan nak bersihkan nama saya.

“Ini bukan masalah perkauman. Ini ikhlas dari hati saya,” tambahnya.Mengulas mengenai perkataan ‘deyy’, dia menyifatkan ia bukan satu bahasa kasar.“Perkataan ‘deyy’ itu boleh panggil untuk sahabat, dan itu terpulang kepada keadaan,” katanya.Dalam temu bual berkenaan, Kanagarajah turut mengulangi aksi ‘deyy’ yang menjadi viral itu.