Kenali adik Zafran Naufal, ‘Nujum Cilik’ yang berjaya predict dengan tepat keputusan perlawanan Malaysia-Thailand sabtu lepas

Sebelum perlawanan Malaysia menentang Thailand pada sabtu lepas berlangsung, pihak Astro Arena telah menjemput seorang pelajar berusia 10 tahun iaitu adik Muhammad Zafran Naufal untuk bersama berbual dalam segmen ‘bola@mamak.’

Dalam rancangan tersebut, ulasan dan kepetahan adik ini membuat tekaan tentang formasi dan pemain dalam perlawanan bola Malaysia-Thailand sabtu lepas telah mendapat pujian daripada netizen.

Segmen yang dikendalikan oleh pengulas sukan terkenal, Hafizal Hamad itu, telah menerima 282 ribu tontonan di Facebook.

Sembang bola bersama atok2

Kita perlu main formasi 4-1-2-3 di Thailand

Dalam segmen tersebut, adik Zafran Naufal telah menjangkakan bahawa tiada gol akan dijaringkan pada perlawanan sabtu lepas, dan jangkaannya tepat apabila tiada jaringan daripada Malaysia dan Thailand.

Walaupun baru berusia 10 tahun, ia bukanlah menjadi penghalang untuk adik Zafran Naufal ini mengemukakan pandangan tentang perlawanan bola dipuji netizen. Pada usia yang muda, dia berani untuk bersuara dan membuat ulasan yang baik.

Kenapa Naufal boleh kaji tentang perlawanan ni?

Namun apa yang mencuit hati netizen, apabila Hafizal Hamad bertanya kepada adik Naufal sebab dia mengkaji tentang perlawanan ini? Jawapan adik Naufal bahawa persekolahan telah pun habis, telah memecah ketawa daripada pengulas sukan itu.

Anak kepada pengurus teknikal PKNS FC

Minat Zakuan Adha dan team Liverpool

Apabila ditanya tentang pemain kegemaraannya dalam skuad bola sepak kebangsaan, dia menjawab Zakuan Adha dan dia meminati pasukan Liverpool.

Di laman Instagram adik Zafran Naufal, foto yang dimuat naik kebanyakannya fotonya bersama pemain bola. Ini menunjukkan sejak kecil, Zafran Naufal memang meminati pasukan Harimau Malaya.

Gemar bermain bola

Pergh, tepat dia predict weyh!

Di ruangan komen, ramai yang memuji keberanian dan kepetahan adik Zafran Naufal membuat ulasan. Netizen juga mengucapkan tahniah kepada adik Zafran kerana telah membuktikan bahawa pada usianya yang masih kecil, dia berupaya untuk mengemukakan pandangan yang bernas.

Aku setuju dengan adik ni punya line-up!

Aku salute konfident level adik ni!

Tahniah dik, kau telah buktikan umur kau tak semestinya fikir basikal lajak semata2

Sumber :Facebook Zaf Junior, IG Zafran Naufal, Astro Arena